Semasa minggu pertama adik-adik sampai di Nottingham, pelbagai siri city tour dan shopping. Kepenatan dan lenguh-lenguh kaki berjalan hampir sehari suntuk (kaki adalah pengangkutan awam paling berkesan di sini)
Saya sendiri teringat pertama kali saya menjejakkan kaki di Nottingham. Postgrad dan seniors banyak membantu. Saya sedar bahawa apa yang mereka usahakan tidak mampu saya balas. Hidup mereka pada memberi untuk meraikan fitrah manusia yang lemah , manusia yang suka diberi perhatian dan dijaga. Sungguh ibarat masuk ke dunia baru. Mereka hadir sebagai memberi petunjuk, nasihat dan mengubati kerisauan dalam menyesuaikan diri di bumi Robinhood ini.
Jasa mereka akan saya kenang walaupun tidak mampu dibalas. Hehe…mengenang budi atau ter`makan` budi?
Gambar-gambar sepanjang minggu pertama o-hanna-raleigh di bumi Nottingham. Atiqah dan Liyana tiada di dalam gambar kerana mereka sampai lewat. (nanti kita letak gambar semua orang ye…hehe)

Pertama kali ke Carboot. SPC turut serta.

Membeli duvet dan bantal. Duvet selimut tebal.

Jalan-jalan di universiti. Jubilee Campus. Tan turut serta.
Moga O-hanna-raleigh terus berdikari, explore dan enjoy kehidupan di bumi Nottingham sebagai seorang pelajar seorang Muslim!
