Tahun ini ..tahun melankolik. Hari Raya Haji amat terkesan dihati apabila kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dihayati.
Ohanna Raleigh,

Akak kagum dengan semangat kalian. Seronok melihat kebersamaan dan kesungguhan kalian bersama-sama mengadakan majlis makan-makan. Sungguh makanan sodap-sodap belaka. Namun apa yang akak nampak lebih manis dan indah ialah ukhuwah disebalik itu. Bukan sekadar material; makanan yang dihidangkan semata-mata, tetapi keikhlasan kalian menjamu tetamu. Allah menerima ibadah korban bukan kerana sembelihan dan daging, tetapi pada keikhlasan hati yang menunaikan korban.
Ukhwah yang mula berputik mekar. Sayu mengenangkan ini tahun terakhir akak di sini, namun hati berbunga tatkala merenung dan menghayatinya. Semoga terus mekar walaupun kita berjauhan suatu hari nanti. InsyaAllah akan disemat dalam ingatan. Moga kalian terus tetap teguh dan seiring sejalan.
Dalam penuh sedar, inilah pengalaman berhari raya di perantauan buat tahun ini.
Terima kasih ya Allah. Terima kasih semua.
Arigatao bestfriends!