Salam Aidiladha untuk Semua!!

Selamat hari raya! Wah, tak sangka betul, pejam celik dah 3 bulan o-hanna merantau di bumi Notts. Dah ada bakat wat rumah terbuka. Kepada kak Anne,kak Eira,kak Eiqa dan tak terkecuali Neo, terima kasih banyak kerana sudi menyewakan lokasi untuk rumah terbuka kami tanpa kadar bayaran sedikit pun. Jasa anda dikenang!
Teringat masa mula-mula, masing-masing meragui kebolehan diri: “kawe ni bole masok ko dok eh?” Tapi sekarang segalanya sudah terbukti: ”Eh, jolo ko sakni oghe tok berhenti dok tamboh nasi?” Jika bonda kita yang berada di tanahair melihat sendiri betapa asyiknya para tetamu menjamu selera, tentunya hati mereka akan berbunga bangga.

Amboi, angkat bakul sendiri nampak..^_^ Bukan apa, setelah menempuh pelbagai dugaan: dapur tak berfungsi, orang rumah mengamuk dan asyik berulang alik ke city, akhirnya ‘projek mega’ kita berjaya. Allah mengurniakan kita kejayaan tak lama setelah kita diuji  dengan secebis cabaran. Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa.

 

 yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

 

Apa-apa pun,yang penting, niat. Dengan berniat melakukan sesuatu kerana Allah dan ia dikerjakan mengikut syariat dan sunnah Rasulullah saw, maka perbuatan itu akan menjadi ibadah. InsyaAllah..Dan ingatlah, Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaNya. (51:56)

Terima kasih kepada semua yang hadir. Jazakallahu khairan. Terima kasih juga kepada semua yang memberi cadangan, nasihat dan pujian.Kami sangat menghargainya. Setidak-tidaknya, kami dapat memperbaiki diri. InsyaAllah..Ingin diselitkan sedikit komen dari para tetamu yang hadir:

‘Korang letak apa dalam makanan ni sampai aku tak berhenti makan ni?’

‘Abang nak akak yang mana satu ni?’ soal kak Reen pada anak lelakinya (masih kecil, jangan salah faham.)^_^

‘Semuanya sedap. Tak sangka masak sebegini banyak!’

Ada sesiapa yang inginkan resepi nasi ayam, mee sup, kek batik, puding karamel, agar-agar roti dan tak dilupakan nasi impit dan kuah kacang? Kami bersedia berkongsi ilmu ^_^. Cikgu-cikgu Raleigh, tahun depan ada plan nak berniaga masa Nott’s Game ka?

Kepada kak Zaffan, kami tak sempat merasa toblerone cheese cake akak. :(  Tapi sempat la jugak menikmati kerak kek tu yang diseludup masuk ke dapur. Yang pastinya, keraknya pun sodap! :)

 

 sapa nak tau, kak zaffan terrer main basketball!

Tak sabar rasanya untuk berjaulah ke kota London dan pulau besar Ireland. Moga ilmu yang kami peroleh sepanjang perjalanan dapat dimanfaatkan oleh diri sendiri dan orang di sekeliling kami. InsyaAllah..Tapi jangan dilupa, pesan akak-akak: manfaatkan masa yang ada untuk BELAJAR!

7751

cikgu-cikgu semasa muda..

p/s: bila agaknya cikgu Dijah nak ulas pasal usrah o-hanna sesi ke 6 ye?^_^

by: su_zul o-hanna

6 Comments »

  1. zaffankhalidnottingham Said:

    hehe..sian korang..nnt kita buat toblerone cheese cake lagi ye..insyaAllah…buat kat umah Yna ke…

    hehe..akak main pakai jubah..kalau pakai seluar..sure terbang abessss…nak main basket lg..best!!!!! futsal bila? bila nak lawan santaibroadgate..keskeskes

    cantik la gmbr last…candid

    kak zaf

  2. zaffankhalidnottingham Said:

    setuju sangat..dah set niat..tp biasalah ada dugaan..Allah berbicara ttg sabar dan ikhlas..

    bila dapat atasi cabaran ini..terasa manis kan? indah sbb dpt memberi makan…indah dpt bekerjasama, tak gaduh-gaduh…

    muhasabah balik ye…bukan setakat muhasabah masak best atau tidak..hehe..muhasabah balik dari segi pelaksanaan majlid…dari segi tolak ansur dan berlapang dada dalam melakukan kerja bersama-sama

    apa pun..syabas dan tahniah..akak kagum….1st yr..baru 3 bulan..anda semua sudah semangat dan berani! bila bersatu dan bersama…kita menjadi lebih padu dan kuat..

  3. dijah ^_^ Said:

    “ape korang letak dalam makanan ni smp ak xleh berenti makan?” heheehehe..
    cam kenai je statement tu..
    anyway,i luv u all guys more than i luv my ‘orang rumah’…ehehhehe..
    go ohanna!!!

  4. nadia Said:

    yea yea..semangat perlu ada!!

  5. ohanna yuhanis Said:

    laa..baru perase maksue guno loghat klate dlm blog ni.
    bagus2..buktikan maksue buke panda setakat cetong, supik jah. ho3

  6. su_zul o-hanna Said:

    wa..anis jahat!!!ha3..hope demam tu da kebah ye,mek..hu3


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Comment