Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan..
Setelah lama tidak bersua, akhirnya riuh rendah rumah 127, Faraday Road dengan suara puak O-hanna Raleigh dan kak Zaffan.. Bukan sekadar suara yang mengetuk tin kosong, tetapi penuh dengan semangat yang membara (ala-ala lagu Gemuruh gitu ^_^)..
Kali ini, membincangkan tentang ceramah Live from Gaza, Gaza:Way Ahead? dan isu semasa. Sebut soal Palestin, semua orang tahu yang penduduk peribuminya tertindas, tanah tumpah darah mereka semakin mengecil, dirampas oleh tentera Israel dengan alasan tanah itu adalah milik mereka, yang dikurniakan Tuhan kepada mereka (sedangkan pada hakikatnya, mereka adalah Atheis- tidak mempercayai Tuhan).
Dari Palestin, kami terbang ke Malaysia, tanah tempat kami dibesarkan dan di situlah, keluarga kami yang tercinta menetap pada masa ini. Apa khabar agaknya orang kampung? Apa khabar orang Perak? Mereka berjuang bersendiriankah menuntut demokrasi dari pemerintah- institusi beraja, atau adakah dibantu oleh masyarakat negeri lain?
“Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebaikan dan ketakwaan.” (al-Maidah:2)
Persamaan kisah Palestin dan Perak: hak rakyat ditindas. Perbezaannya: rakyat Palestin ditindas oleh bangsa lain namun menyokong pemimpin mereka, Hamas dengan sepenuh jiwa dan raga (jelaslah, Hamas bukan teroris!). Rakyat Perak pula ditindas oleh bangsa sendiri, umpama dipaksa menerima dua nakhoda tanpa persetujuan mereka.
Mengapa kita perlu ambil tahu hal di negeri Perak? Bukannya negeri asal kita pun.. Lagipun, lambat lagi kita nak mengundi kan.. Tak perlu sibuk-sibuk pun.. Kita kan pelajar, perlu belajar.. Jangan masuk campur hal politik.. Nanti tak pasal-pasal kena ISA..
Rasulullah saw bersabda:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه
Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesama mereka.” Baginda menggenggam di antara jari-jemarinya.
Tetapi, pelajar pun rakyat juga kan.. Tahukah kita hak kita sebagai rakyat? Tahukah kita yang peralihan kuasa tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya (termaktub dalam Perlembagaan). Perlu ada pembubaran kerajaan negeri Perak. Seperti mana pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib sewaktu menangani permasalahan yang timbul dengan Muawiyah. Perlu ada perletakan jawatan kedua-dua pemimpin dan pilihanraya perlu diadakan semula untuk memilih pemimpin. Hak memilih perlu diberi kepada rakyat.
Persoalan yang timbul, mungkinkah dugaan Allah yang diturunkan di negeri Perak ini akan melanda negeri-negeri lain? Mungkinkah justifikasi Niccolo Machiavelli dalam buku The Prince bakal diaplikasikan di Malaysia? Memerintah melalui paksaan, bukan melalui undang-undang (jalur hukum). Renung-renungkan dan selamat beramal..^_^
Jika ada fakta yang salah,harap dapat diperbetulkan..
p/s:untuk sahabat-sahabat,thanks for everything..Moga ukhuwah yang terbina antara kita seperti seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib demi redhaNya. Ukhuwah fillah..
oleh:
su_zul
kerikil perkasa Said:
on February 8, 2009 at 10:12 pm
1. isu lompat – nak buat cam mana. legal pun. Kalau dah masuk rumah demokrasi, kena merasalah asam garam sepak terajang dalam rumah tu.. Cuma kali ni terkena kat batang hidung PR. Kenalah belajar untuk jadi matang..
2. fenomena Perak – rasanya dah nampak hikmah pertama: http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/saya-sokong-karpal-ibnu-hasyim.html
3. mungkinkah dugaan Allah yang diturunkan di negeri Perak ini akan melanda negeri-negeri lain?
tidakkkkk,…… ya Allah, selamatkan negeri Kedah ku… =)
intan nadia Said:
on February 9, 2009 at 12:17 am
hehe,terima kasih dan tahniah kerana menyahut cabaran akak
keep up the good work su!
su_zul o-hanna Said:
on February 10, 2009 at 10:15 am
thanx kak:)..byk lg yg perlu sy blaja kt cni..cmne hak kita sbg rakyat,cmne nk beli pinggn mgkuk kt stork trent tu,cmne nk beli bju utk..jeng3..ha3
tono Said:
on February 17, 2009 at 3:22 pm
salam ziarah..
http://www.waubebas.org/node/479
http://www.waubebas.org/ms/node/478
http://inijalanku.wordpress.com/2009/02/07/politik-perak-kemelut-jihad-tanpa-manhaj/
Zaffan Khalid » Blog Archive » Nottingham: Ohanna So Special Said:
on November 27, 2009 at 11:57 pm
[...] Su_Zul menulis tentang diskusi kami lebih lanjut di sini. KLIK. Menyahut cabaran Sis Intan Nadia katanya. Sila KLIK sini. Dua individu yang [...]