Salam wbt buat Ohanna Raleigh dan para pengunjung sekalian.
InsyaAllah minggu ini merupakan Islamic Awareness Week di Nottingham University. Maka Ohanna Raleigh memberikan laluan kepada aktiviti ini berlansung. InsyaAllah pada minggu hadapan Ohanna akan bersidang lagi.
Rebutlah peluang yang ada sepanjang minggu ini. Inilah antara peluang yang perlu dimanfaatkan apabila dihantar untuk belajar di luar negara. Mendengar dan menceduk sebanyak mungkin ilmu daripada orang lain untuk kita cuba bawa pulang ke negara asal kita. Rugi andai tidak pergi.

Akak mencadangkan setiap ahli Ohanna sekalian dapat menghadirkan diri sekurang-kurangnya 2 daripada talk yang dianjurkan. Pergi semua lebih baik! Namun memahami kekangan masa dan tenaga. Elok dapat dibahagi-bahagikan dan berpakat untuk hadir talk yang berbeza-beza ini. InsyaAllah nanti kita sama-sama kongsi pendapat semasa persidangan Ohanna.
Rebut peluang. Peluang untuk berukhuwah sesama sisters in Islam tidak mengira bangsa. Peluang untuk menambah ilmu daripada orang-orang hebat! Jom jangan jadi katak bawah tempurung =)
p/s: terima kasih kerana ohanna memberikan sokongan penuh dan padu buat Sountunnisa`. Lagu ditujukan khas buat anda semua OK. Next year Ohanna pula berentap memberikan mesej dan berhibur di pentas NISE. Amacam?