Tazkiyatun Nafs

Tazkiyatun nafs adalah proses pembersihan jiwa. Jiwa-jiwa sentiasa perlu dibersihkan. Boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sekalipun bersendirian. Sama-sama tazkiyatun nafs ye. Tidak perlu disuap, tetapi tazkiyatun nafs ini boleh diusahakan sendiri. At least selepas solat setiap hati duduk berzikir sebentar.

InsyaAllah

ZaffanKhalid

Perak Dan Palestin..

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan..

Setelah lama tidak bersua, akhirnya riuh rendah rumah 127, Faraday Road dengan suara puak O-hanna Raleigh dan kak Zaffan.. Bukan sekadar suara yang mengetuk tin kosong, tetapi penuh dengan semangat yang membara (ala-ala lagu Gemuruh gitu ^_^)..

Kali ini, membincangkan tentang ceramah Live from Gaza, Gaza:Way Ahead? dan isu semasa. Sebut soal Palestin, semua orang tahu yang penduduk peribuminya tertindas, tanah tumpah darah mereka semakin mengecil, dirampas oleh tentera Israel dengan alasan tanah itu adalah milik mereka, yang dikurniakan Tuhan kepada mereka (sedangkan pada hakikatnya, mereka adalah Atheis- tidak mempercayai Tuhan).

Dari Palestin, kami terbang ke Malaysia, tanah tempat kami dibesarkan dan di situlah, keluarga kami yang tercinta menetap pada masa ini. Apa khabar agaknya orang kampung? Apa khabar orang Perak? Mereka berjuang bersendiriankah menuntut demokrasi dari pemerintah- institusi beraja, atau adakah dibantu oleh masyarakat negeri lain?

“Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebaikan dan ketakwaan.” (al-Maidah:2)

Persamaan kisah Palestin dan Perak: hak rakyat ditindas. Perbezaannya: rakyat Palestin ditindas oleh bangsa lain namun menyokong pemimpin mereka, Hamas dengan sepenuh jiwa dan raga (jelaslah, Hamas bukan teroris!). Rakyat Perak pula ditindas oleh bangsa sendiri, umpama dipaksa menerima dua nakhoda tanpa persetujuan mereka.

Mengapa kita perlu ambil tahu hal di negeri Perak? Bukannya negeri asal kita pun.. Lagipun, lambat lagi kita nak mengundi kan.. Tak perlu sibuk-sibuk pun.. Kita kan pelajar, perlu belajar.. Jangan masuk campur hal politik.. Nanti tak pasal-pasal kena ISA..

Rasulullah saw bersabda:

 

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه

 

Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesama mereka.” Baginda menggenggam di antara jari-jemarinya.

Tetapi, pelajar pun rakyat juga kan.. Tahukah kita hak kita sebagai rakyat? Tahukah kita yang peralihan kuasa tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya (termaktub dalam Perlembagaan). Perlu ada pembubaran kerajaan negeri Perak. Seperti mana pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib sewaktu menangani permasalahan yang timbul dengan Muawiyah. Perlu ada perletakan jawatan kedua-dua pemimpin dan pilihanraya perlu diadakan semula untuk memilih pemimpin. Hak memilih perlu diberi kepada rakyat.

Persoalan yang timbul, mungkinkah dugaan Allah yang diturunkan di negeri Perak ini akan melanda negeri-negeri lain? Mungkinkah justifikasi Niccolo Machiavelli dalam buku The Prince bakal diaplikasikan di Malaysia? Memerintah melalui paksaan, bukan melalui undang-undang (jalur hukum). Renung-renungkan dan selamat beramal..^_^

Jika ada fakta yang salah,harap dapat diperbetulkan..

p/s:untuk sahabat-sahabat,thanks for everything..Moga ukhuwah yang terbina antara kita seperti seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib demi redhaNya. Ukhuwah fillah..

 oleh:

su_zul

Ohanna Support For Gaza

InsyaAllah hari Sabtu ini Ohanna akan bersama-sama menyertai Live From Gaza yang diadakan di universiti. Kepada anda di luar sana, jangan lepaskan peluang ini. Tiket yang bertujuan untuk derma adalah terhad. Hanya 7.50 pound satu tiket dan makan malam percuma disediakan. Jom ayuh! Berikut adalah tentatif program dan poster. Tengok…tengok..tengok….Jom pergi! Jangan kata kita tidak mampu lakukan sesuatu!

poster

Tentative

11.00 – Quran recitation and opening with a power point presentation
11.30 – Film: Occupation 101
13.30 – Break for solah
14.30 – Main guest speaker. Live interview with a sister from Gaza
17.00 – Maghrib prayer
18.00 – Closing remarks
All day – Stall visits, exhibition viewing, and repeated power point presentation.

For women only. COME SISTERS! Jumpa Ohanna di sana insyaAllah!

How far can you go?

Her name is Jessica Cox..and she’s an armless pilot..
watch this…
www.youtube.com/watch?v=QuMHSFPOzpc

PUISI Oh PUISI

 

Assalamualaikum to all.Agak terlewat post kali ini(ker sgt lewat?maaf yea..)Rasanya di kalangan O-hanna sndiri pun trtunggu2 siapa yg akan ‘update’..emm..??…keep on reading..

“Apa dia PUiSi nie?pertandingan sajak ker?” ~soklan pertama.Nope..It’s Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah seluruh Ireland..soklan kedua pulak..”Best ker?..Kenapa Puisi?..ada salji x kat Ireland?..Bila?..Mcm mana nk p?naik bot ka?”..Kami gunakan sebaiknya kaedah ‘5W1H’ itu utk ‘menyerang’ kak Zaffan.x cukup,Mr Google,Cik YT semua kami cari.And that’s how it’s started.

Bermulalah satu kembara.Cik Intan Nadia aka ‘mak’,O-hanna sisters,Sdr Ahmad Shafie and Rizal.Tak lupa Nedhu dan Wani dr Broadgate. Wow..ramai jgak eh..dah smpai baru prasan ktorg meng’konker’  list peserta dr luar Ireland.Kak Zaffan ber’Fuiyoo’ di London..plus Yna.Khabarnya,gmpak AJK masakan depa..

Sebelum tu,terima kasih buat Kak Nida’  dan seisi rumah kerna sudi menumpangkan kami sisters yg berduyung berduyun2 ni ke rumah mereka,haha..cantek la apartmen akak.Many thanks yea.Kak Arisyah yg baik hati mnjemput kami dari airport juga.Jalan2 around City pun mnarik,lots of performances..Pesan Kak Intan,betulkan niat k..

Perjalanan ke Killarney pun bermula dari Dublin Mosque.What a beautiful place..Cantiknya bumi Tuhan…tak terbayang indahnya syurga di sana bagi yg layak menerimanya…

puisi-08-147
bersama kak nida’ dan kak ayuni @ Dublin Mosque

sampai dah..fuh..5 jam tue..

comey jer cottage ni haa..
comey jer cottage ni haa..

The Fantastic Four’ tema utk kali nie.Apa tu??Akidah,ibadah,akhlaq dan muamalat.Tengoklah sapa yg mai..Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Aminurrashid..

puisi-08-171

puisi-08-176

 

 

 

 

 

 

 

Seronok bila mendengar Ustaz Zaharuddin bercerita tentang hal2 akhlak dan muamalat nie.Slotnya mmg menarik.sebabnya Ustaz byk sertakan ayat Al-Quran dan Hadith bila beri penjelasan..jadi kita pun jelas sebab dan musabab dlm hal2 hukum  nie..Soalan punyalah byk..tekun je Ustaz mnjawabnya..^_^Sedikit ilmu yg dpat kita kongsi…

Sedari kita di tahap mana.Jika anda bertanya kepada Mufti,anda mengikut mazhab Mufti(plg byk golongan ni ).Jika anda betul2 membaca qaul mazhab Syafie(cth),anda dlm golongan yg taqlid.Yg highest sekali ialah muttabi’,iaitu bila anda mencari sendiri dalil2,buat comparison dan yakin betul2..Wallahu’alam.Perlu bermazhab tetapi jgnlah taksub.Memudahkan tetapi jgn meringan-ringankan.

Kawal diri dgn pujian.org yg memuji tu pun padan2 la kut ye pun..mcm Ustaz kata,kesian la kat org yg kena puji tue.x tau nak buat muka lagu mana :D ..Jadi,bersederhanalah..Satu lagi,dlm duk berlawak pun kena kawal jgak lah kwan2..

“bimbangilah gurau,kerana ia menjatuhkan maruah”~Umar Abdul Aziz

Banyak yg Ustaz sentuh tentang riba nie..Rasanya banyak sangat unsur riba dlm kehidupan seharian kita antara kita sedar ataupun tidak..emm..lucky draw tu riba ker?insurans?pakai kredit kad boleh ker?PTPTN? Ustaz ada beri penjelasan tentang perkara ni tp utk dikongsikan di sini agak panjang so bolehlah rujuk laman web Ustaz di  www.zaharuddin.net utk mengetahui dgn lebih lanjut..

Then,Ustaz Aminurrashid pulak sambung slot yg sterusnya,iaitu ‘Jernih dalam Fikrah’ yg agak menarik kupasannya.Ustaz bercerita bagaimana masalah aqidah perlu diselesaikan secara kolektif(jamaah) kerana aqidah ni bukan utk disimpan sorg2,tapi perlu dikongsi sesama umat Islam.Kita tengok ramai yg  hanyut,kenapa yer?Inilah agenda musuh Islam.Mereka alihkan minat anak2 kita terhadap bnda2 lain dan  Al-Quran pun smakin jauh dari hidup mereka.Sedih melihatkan apa yg terjadi tapi di sinilah pntingnya utk kita bersama2..

Ya!!Kuatkan semangat dan marilah kita berhijrah.Apakata mulakan dengan makan bersama dan solat berjemaah?Pesanan ikhlas dari Kak Nida’.

Apalagi nak citer eh?OooOoo..makanan yg khas dimasak oleh chef2 dr Ireland!!mmg sedak sedap!!terima kasih daun keladi AJK Masakan,siap ada perfomance lagi.emm..that one no comment!!Kemudian,,ada jgak performance dr muslimin sebagai lanjutan dari slot ibadat..menarik2x..

Guided Walk!!Subhanallah..cantiknya view kat National Park!!ni ada gmbar kat bawah..kami pun sempat ber’LDK’ kat sini.tgah2 ber’LDK’tu,sat g ada yg tertoleh2  ke sebelah kerisauan..err…padang golf kat sebelah jer.

puisi-08-2132

dscn07752

 

 

 

 

 

 

 

x lupa juga tetamu jemputan pada slot malamnya iaitu Ustaz Erfino.haa..siap ada live performance dari Ustaz lagi.Sunyi sepi dewan bila Ustaz ber’serenade’..waa..ala-ala romantik gitu..dapat jugak dengar sedikit talk dari Ustaz..terima kasih pihak penganjur.

Dari hati: Yg mana baik, kita ambil dan sebar-sebarkan..Selebihnya,muhasabah diri adalah yg terbaik.Ilmu itu akan jadi sia-sia jika kita tak amalkan.Bukan begitu?byk pulak omongnya yea..

Thanks to everyone yg berusaha menjadikan PUISI 08′ ini satu memori yg indah buat semua. Syukur kepada Allah kerana memilih kami utk berada dlm program ilmu ini. Kak Intan,makaci la kerna sudi mnjadi ‘mak’ ktaorg sekejap walaupun di’buli’..maap ye..Maaf kalau tak byk yg dapat dikongsi dan jika ada tulisan yg menyingung menyinggung perasaan mana2 pihak,sekali lagi maafkan kekhilafanku..ades…Sekian..

O~Nadia

p/s: jgn tak tau Kak Intan dapat award promoter terbaik..^_^

OHANNA CONFERENCE KALI KE-6

 

Assalamualaikum semua ^_^ .First of all, penulis nak minta maaf sangat di atas kelewatan meng’update’ blog untuk ohanna conference kali ke-6. Penulis sedar, ramai sungguh pembaca setia blog ohanna yang  tertunggu-tunggu akan berita hangat  ohanna conference ;D …maaf ye atas sebarang kesulitan..

            Buah epal di luar pagar,

            Ambil galah tolong jolokkan,

            Penulis baru belajar tulis blog,

            Kalau salah tolong tunjukkan…

Usrah kali ini masih mengekalkan konsep 5T: Tafsir,Tajwid,Ta’aruf,Topik Hangat dan Tambah Amal. Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, saudari Hana dan saudari Yana tak dapat menghadirkan diri.Tapi kali ini saudari Fatin dari Taman Dunkirk Jaya telah sudi meluangkan masa join usrah ohanna(welcome ^_^).

Konsepnya masih sama,tapi kaya dengan pengisian rohani dan santapan jiwa (bukan perut je perlukan makanan..kan kan??)

TAFSIR:

Kami cuba menghayati makna surah Al-Ikhlas  pada minggu ini.Pendek dan padat,tapi amat terkesan di hati jika kita hayati maknanya..

bismillah

al-ikhlas

 

 

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

1.Katakanlah(Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.

2. Allah tempat meminta segala sesuatu.

3. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesuatu yang seantara dengan Dia.

Ikhlas.Nama surah ini pun sudah membawa banyak makna.Dengan sepenuh hati menyerah diri kepada Allah Yang Satu.Tempat kita meminta dan bergantung.

Kadang-kadang bila kita mengharapkan sesuatu dari seseorang,pertolongan atau mungkin material etc etc..kita jadi lupa untuk berdoa,meminta dari Allah.Sedangkan yang control dan menggerakkan hati manusia ialah Allah.Ya Allah peliharalah kami…

 

Pembaca sekalian,mampukah anda khatam 1/3 Al-Quran dalam masa 1 malam sahaja?? iye..1 malam je..believe it or not..you can.. ^_^    Abu Ayub Al-Ansari pernah berkata: membaca surah Al-Ikhlas boleh diibaratkan seperti khatam 1/3 Al-Quran dan Rasulullah mengiyakan.So,jadilah ia satu hadis.

Di sini kita dapat lihat,hadis bukan sahaja apa yang Rasulullah katakan.Hadis boleh datang dalam 3 bentuk:        

1-Apa yang Rasulullah cakap.

2-Perbuatan Rasulullah.

3-Apa yang sahabat cakap dan Rasulullah iakan atau diam.

Cuba amalkan dengan sepenuh hati,bacaan wajib sebelum tidur,insyaAllah ada berkatnya..aminn..

 

TAJWID:

Ulasan dan perkongsian saudari Atiqah mengenai kelas tajwid yang dihadirinya bersama beberapa ahli ohanna yang lain..

Selepas ketawa jap,Tiqah berkata, “Kitorang belajar alif,ba,ta..”

Hampir semua rahang bawah ahli ohanna yang lain jatuh :-O ..ish ish..”Tak percayalah..  betul ke korang ni??takkan belajar alif ba ta je..”

Ahli ohanna yang pegi kelas tajwid: “Betul..belajar dari foundation..sebut huruf dengan makhraj dan attribute yang betul..susah tau..kalau tak percaya,pegi lah.”         

Susulan dari curiosity yang tinggi dan diri yang kurang ilmu ni,penulis pun join lah kelas tajwid tu dalam minggu seterusnya..Ya Allah..walaupun hanya belajar alif ba ta,tapi memang sangat susah untuk sebut dengan makhraj yang betul..terasa amat kerdil diri hambamu ini Ya Allah..sesungguhnya,jika semua lautan di dunia ini dibaratkan seperti  ilmu Allah, banyak mana pun kita belajar,tetap tak dapat menyamai setitik air dari lautan tu..muhasabah diri balik @_@           

 

TA’ARUF:

Okey untuk ta’aruf kali ini, mari kita mengenali diri sendiri..who am i??

Kak Zaf telah membawa kuiz personaliti yang perlu kami jawab..jeng jeng jeng…kuiz ini bukan sahaja untuk menganalisis personaliti diri,malahan juga untuk menguji kebolehan mengira secara congak ^_^ (sangat mencabar,especially for bio students yang dah lama tak jumpe nombor)

Jenis2 personaliti diberi mengikut nama 4 jenis buah: GRAPE,ORANGE,BANANA & MELON.

Majority ahli ohanna mempunyai personaliti jenis GRAPE iaitu flexible,suka muhasabah diri,creative,sensitive & suka bekerja dalam kumpulan(cikgu2 ni semua memang sekepala ^_^)

ORANGE ada la 2-3 orang.Characternya ialah suka bawa perubahan,adventurous & independent(apakah ini ciri2 seorang guru besar??hehe..)

BANANA pun ada gak.Mempunyai ciri2 a good planner,organize & ikut arahan(baik tuan pengetua!!)

Orang yang berciri MELON memang paling sikit.Antara character melon ialah suka berbahas,mencari solution dan analyse idea.Melon ni juga dikatakan mempunyai ciri2 seorang pemimpin(Tak boleh la semua orang jadi ketua,nanti gaduh plak..ibarat kapal dengan 2 nakhoda..)

Kuiz ni berdasarkan kajian.So,tak semestinya 100% betul(tapi banyak la yang betul..kan kan ohanna??).Sangat bagus untuk kita mengenali diri sendiri(dan kawan2 kita) di samping cuba mempertingkatkan potensi diri. Memetik kata2 sdr. Cha ”Kenali komuniti, Jauhi kontroversi.” So,ohanna..apa lagi??up,up & up lagi..aja aja fighting!!

TOPIK HOT!!:

Kami membincangkan berkenaan Islam,Iman dan Ihsan. Kami dipecah kepada 3 grup dan diberi 3 case study yang berlainan.Basically,we have to discuss macam mana nak terapkan Islam sebagai cara hidup dan menyelesaikan masalah.

Case study 1: Siaran TV sekarang terlalu banyak unsur2 negatif, anda sebagai menteri penyiaran , apa langkah yang anda boleh lakukan?

Penyelesaian:

-         Tidak meluluskan cerita,muvi2 yang melampaui batas Islam.

-         Menayangkan lebih banyak cerita yang ada pengajaran dan memperbanyakkan promosi.

-         Tapis dan kurangkan cerita dengan unsur hiburan melampau(hedonism)

-         Lebihkan skop cerita yang sesuai untuk semua kaum.

 

Case study 2: Bila belajar,susah2 je,mula rasa nak give up.Anda sebagai pelajar perlu buat apa?

Penyelesaian:

-         Ingat!kita belajar niat kerana Allah.susah macam mana pun,usaha gak.InsyaAllah Allah akan tolong kita.

-         Kita kadang2 tak tau, limit kita sampai setakat mana.So, always push yourself to the limit.

Case study 3: Budaya bercinta(aka couple) yang melampau semakin berleluasa.Anda sebagai menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat,boleh buat apa?

Penyelesaian:

-         Menasihati masyarakat agar menerapkan nilai agama yang lebih kukuh dalam diri anak.Contohnya,menutup aurat dengan sempurna bagi Muslim.

-         Mengambil berat akan perkembangan diri anak2.

Dan kami juga berbicara mengenai Hadis ke-2 dari Hadis 40..berkenaan Iman..(Revise balik 6 Rukun Iman tu..)

uniknya orang Islam ni, kita beriman pada tuhan yang kita sendiri tak nampak..Tapi kita percaya dan yakin pada tuhan kita iaitu Allah..

Untuk membuatkan kami lebih memahami konsep ini, kami mencuba permainan puteri2 buta.3 puteri buta yang bertuah ialah Atiqah,Farahin dan Fatin. Kami menyediakan 2 tupperware untuk setiap puteri buta.1 kosong dan 1 lagi berisi garam. Puteri2 yang ditutup mata ini, akan mendapat guidance dari seseorang agar mengambil bekas yang kosong dan dituang ke atas kepala dan pada masa sama digoda oleh seseorang yang lain untuk menimbulkan rasa was was.

Game kami kurang mencapai misi,kerana kedegilan puteri2 buta ni(tak mau dengar arahan..hehe)Tapi  Alhamdulillah, kami dapat gak memahami apa itu Iman.Kadang2 tu, permainan perasaan sendiri pun dah sangat membuatkan kita confuse.Always get a good grip of yourself and have a strong base of Iman.InsyaAllah kita sentiasa di bawah limpahan rahmat Allah.

 

TAMBAH AMAL:

Apa yek untuk tambah amal minggu ni??Hurm..Hari2 kita tengok cermin kan?(hobi orang perempuan ni.. ^_^)So,untuk tambah amal , kita baca doa melihat cermin: “Ya Allah,Kau hiasilah akhlakku,seperti mana kau hiasi wajahku.”

Yang kedua,masuk tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan..

PENUTUP

Alhamdulillah,selesai 1 lagi ohanna conference. Banyak ilmu2 yang kami dapat kali ni..Credit to tuan rumah for the popia and pai kentang..InsyaAllah esok ohanna berangkat ke London dan kami akan stay di rumah Yana until Tuesday.Tak sabarnya nak berusrah di London!!ubah angin sekali sekala..and once again, sorry everyone for the late update..

p/s: congratulation ohanna di atas kejayaan open house anda ^_^ ten q to kak anne,kak ira,kak iqa and neo..well done everyone for the hard work..memang sangat worth it kan??

p/s 2: credit to mak su and tiqah di atas bantuan anda buat update ni ^_^ jzkk (cikgu su,ni update nye ^_^)

p/s 3: to all readers,sorry kalau ada ayat kat atas ni yang susah nak faham..kemahiran berbahasa saya kureng sket..tak ada gambar la usrah kali ni..photographer tetap wiz dslr aka yana balik london ^_^..klau ada sesiapa yang berminat nak buat personaliti quiz tu,feel free to contact kak zaf..(boleh kak zaf?? ^_^)

 

by: khadijah khairi (ohana means family ^_^)

 

Salam Aidiladha untuk Semua!!

Selamat hari raya! Wah, tak sangka betul, pejam celik dah 3 bulan o-hanna merantau di bumi Notts. Dah ada bakat wat rumah terbuka. Kepada kak Anne,kak Eira,kak Eiqa dan tak terkecuali Neo, terima kasih banyak kerana sudi menyewakan lokasi untuk rumah terbuka kami tanpa kadar bayaran sedikit pun. Jasa anda dikenang!
Teringat masa mula-mula, masing-masing meragui kebolehan diri: “kawe ni bole masok ko dok eh?” Tapi sekarang segalanya sudah terbukti: ”Eh, jolo ko sakni oghe tok berhenti dok tamboh nasi?” Jika bonda kita yang berada di tanahair melihat sendiri betapa asyiknya para tetamu menjamu selera, tentunya hati mereka akan berbunga bangga.

Amboi, angkat bakul sendiri nampak..^_^ Bukan apa, setelah menempuh pelbagai dugaan: dapur tak berfungsi, orang rumah mengamuk dan asyik berulang alik ke city, akhirnya ‘projek mega’ kita berjaya. Allah mengurniakan kita kejayaan tak lama setelah kita diuji  dengan secebis cabaran. Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa.

 

 yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

 

Apa-apa pun,yang penting, niat. Dengan berniat melakukan sesuatu kerana Allah dan ia dikerjakan mengikut syariat dan sunnah Rasulullah saw, maka perbuatan itu akan menjadi ibadah. InsyaAllah..Dan ingatlah, Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaNya. (51:56)

Terima kasih kepada semua yang hadir. Jazakallahu khairan. Terima kasih juga kepada semua yang memberi cadangan, nasihat dan pujian.Kami sangat menghargainya. Setidak-tidaknya, kami dapat memperbaiki diri. InsyaAllah..Ingin diselitkan sedikit komen dari para tetamu yang hadir:

‘Korang letak apa dalam makanan ni sampai aku tak berhenti makan ni?’

‘Abang nak akak yang mana satu ni?’ soal kak Reen pada anak lelakinya (masih kecil, jangan salah faham.)^_^

‘Semuanya sedap. Tak sangka masak sebegini banyak!’

Ada sesiapa yang inginkan resepi nasi ayam, mee sup, kek batik, puding karamel, agar-agar roti dan tak dilupakan nasi impit dan kuah kacang? Kami bersedia berkongsi ilmu ^_^. Cikgu-cikgu Raleigh, tahun depan ada plan nak berniaga masa Nott’s Game ka?

Kepada kak Zaffan, kami tak sempat merasa toblerone cheese cake akak. :(  Tapi sempat la jugak menikmati kerak kek tu yang diseludup masuk ke dapur. Yang pastinya, keraknya pun sodap! :)

 

 sapa nak tau, kak zaffan terrer main basketball!

Tak sabar rasanya untuk berjaulah ke kota London dan pulau besar Ireland. Moga ilmu yang kami peroleh sepanjang perjalanan dapat dimanfaatkan oleh diri sendiri dan orang di sekeliling kami. InsyaAllah..Tapi jangan dilupa, pesan akak-akak: manfaatkan masa yang ada untuk BELAJAR!

7751

cikgu-cikgu semasa muda..

p/s: bila agaknya cikgu Dijah nak ulas pasal usrah o-hanna sesi ke 6 ye?^_^

by: su_zul o-hanna

Arigatao

Tahun ini ..tahun melankolik. Hari Raya Haji amat terkesan dihati apabila kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dihayati.

Ohanna Raleigh,


232

Akak kagum dengan semangat kalian. Seronok melihat kebersamaan dan kesungguhan kalian bersama-sama mengadakan majlis makan-makan. Sungguh makanan sodap-sodap belaka. Namun apa yang akak nampak lebih manis dan indah ialah ukhuwah disebalik itu. Bukan sekadar material; makanan yang dihidangkan semata-mata, tetapi keikhlasan kalian menjamu tetamu. Allah menerima ibadah korban bukan kerana sembelihan dan daging, tetapi pada keikhlasan hati yang menunaikan korban.

Ukhwah yang mula berputik mekar. Sayu mengenangkan ini tahun terakhir akak di sini, namun hati berbunga tatkala merenung dan menghayatinya. Semoga terus mekar walaupun kita berjauhan suatu hari nanti. InsyaAllah akan disemat dalam ingatan. Moga kalian terus tetap teguh dan seiring sejalan.

Dalam penuh sedar, inilah pengalaman berhari raya di perantauan buat tahun ini.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih semua.

Arigatao bestfriends!

TONTON VIDEO OHANNA-RALEIGH

 

London Winter 08

InsyaAllah, seperti yang dirancang, winter kali ini kita akan berusrah di London….yahoooo!!

Lokasi: rumah o-hanna-yna

Aktiviti: jalan-jalan, shopping, makan-makan, jumpa family yna dan of course usrah

Tiket: sudah dibeli ye semua orang. Return tiket berharga 13.5545 pound. Bayar kepada akak…yes akak ini sorang sahaja.

Jangan lupa: Railcard yang harus itu dan sleeping bag kamu dan duit.

Lain-lain: study sebelum jalan LONDON. Tan akan join kita skali.

cimg0455

London 2006. Gambar masa first year.

21102006006

Di London: makan betul-betul sate buatan sendiri!! Semuanya second cousins yang sudah pulang for good ke Malaysia kecuali AJ sahaja masih di UK (bertudung coklat)

question-mark

O-Hanna-Raleigh in London Winter 2008…nantikan….dup dap dip

Dah…gi study!

Jumpa anda di LONDON….buat kesekian kalinya aku ke London…bandar kedua…

p/s: nantikan update entry untuk usrah sebentar tadi…hehe..Hana dan Yna tidak dpt hadir..maka eloklah kiranya kita dapat jua berkongsi suka dan duka di sini ye puteri-puteri o-hanna sekalian. puteri buta, masam dan manis..owh..tawar pon ada. Fatin bersama o-hanna kali ini. Jangan serik ye Fatin…nanti datang lagi..puteri buta..hehe.

Ini Sejarah Kita 15nov

Mula-mula tu fikir, awat lama sangat program ni. Dibuat dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Tapi kalau difikirkan balik, daripada duduk kat bilik, asyik leka saja, elok pergi usrah ni..ada juga pengisian. Alhamdulillah, diri ini antara orang yang Allah berikan petunjuk untuk hadir dalam majlis ilmu ni.

Secara tidak langsung, memang membuka minda yang kadang-kadang terbuka, kadang-kadang tertutup (up la sikit dari tertutup je..huhuhu). Memang panjang sirahnya. Betapa lamanya masa yang diambil untuk mencapai ustazyatul alam. Dan dalam sekelip mata je zaman kegemilngan tu musnah. Akan tiba saatnya Islam tu akan bangkit semula. Tapi persoalnnya, adakah pada zaman kita? Mampukah kita mngubahnya? InsyaAllah, tiada apa pun yg boleh mengubah nasib kaum itu melainkan kaum itu sendiri.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu membebaskan pemikiran anak bangsa kita yang masih lagi djajah (awat macam patriotik semacam ni??) Tetapi itulah hakiktnya. Besar tanggungjawab kita. Ingat o-hanna, kita bakal pendidik (9 of us at least) dan kita yang bertanggungjawab mencorakkn pemikiran kanak-kanak ribena kat matriks tu nanti

^_^.chaiyok!!

by:su_zul

Newer entries » · « Older entries