We are sisters ^_^

Archive for October, 2008

Jejak Kaki Di Bumi Robinhood

Semasa minggu pertama adik-adik sampai di Nottingham, pelbagai siri city tour dan shopping. Kepenatan dan lenguh-lenguh kaki berjalan hampir sehari suntuk (kaki adalah pengangkutan awam paling berkesan di sini)

Saya sendiri teringat pertama kali saya menjejakkan kaki di Nottingham. Postgrad dan seniors banyak membantu. Saya sedar bahawa apa yang mereka usahakan tidak mampu saya balas. Hidup mereka pada memberi untuk meraikan fitrah manusia yang lemah , manusia yang suka diberi perhatian dan dijaga. Sungguh ibarat masuk ke dunia baru. Mereka hadir sebagai memberi petunjuk, nasihat dan mengubati kerisauan dalam menyesuaikan diri di bumi Robinhood ini.

Jasa mereka akan saya kenang walaupun tidak mampu dibalas. Hehe…mengenang budi atau ter`makan` budi?

Gambar-gambar sepanjang minggu pertama o-hanna-raleigh di bumi Nottingham. Atiqah dan Liyana tiada di dalam gambar kerana mereka sampai lewat. (nanti kita letak gambar semua orang ye…hehe)

Pertama kali ke Carboot. SPC turut serta.

Membeli duvet dan bantal. Duvet selimut tebal.

Jalan-jalan di universiti. Jubilee Campus. Tan turut serta.

Moga O-hanna-raleigh terus berdikari, explore dan enjoy kehidupan di bumi Nottingham sebagai seorang pelajar seorang Muslim!

Advertisements

Setelah sebulan…

Sebulan berlalu… namun, hati masih jauh di tanah air. Bagaimana ibu ayah? Bagaimana rumah? Hari raya pula tahun ini di perantauan. Bumi ini, bumi Nottingham. Lagendanya mengenai Robin Hood. Universitinya gah sebagai antara yang tercantik. Tapi itu semua kosong.

Nottingham rupanya ceria dengan warganya yang unik. Aku gembira tuhan hadirkan aku ke sini. Entah apalah yang akan tuhan temukan aku di sini. Entah apalah khazanah tersimpan di sini untuk kutemui. Entah apakah yang akan mewarnai usia hidupku yang masih berbaki.

Tuhan, biarlah perjalanan aku ke mari tidak sia-sia.

Trent building dikala senja

Trent building dikala senja

Tag Cloud