We are sisters ^_^

Archive for November, 2008

London Winter 08

InsyaAllah, seperti yang dirancang, winter kali ini kita akan berusrah di London….yahoooo!!

Lokasi: rumah o-hanna-yna

Aktiviti: jalan-jalan, shopping, makan-makan, jumpa family yna dan of course usrah

Tiket: sudah dibeli ye semua orang. Return tiket berharga 13.5545 pound. Bayar kepada akak…yes akak ini sorang sahaja.

Jangan lupa: Railcard yang harus itu dan sleeping bag kamu dan duit.

Lain-lain: study sebelum jalan LONDON. Tan akan join kita skali.

cimg0455

London 2006. Gambar masa first year.

21102006006

Di London: makan betul-betul sate buatan sendiri!! Semuanya second cousins yang sudah pulang for good ke Malaysia kecuali AJ sahaja masih di UK (bertudung coklat)

question-mark

O-Hanna-Raleigh in London Winter 2008…nantikan….dup dap dip

Dah…gi study!

Jumpa anda di LONDON….buat kesekian kalinya aku ke London…bandar kedua…

p/s: nantikan update entry untuk usrah sebentar tadi…hehe..Hana dan Yna tidak dpt hadir..maka eloklah kiranya kita dapat jua berkongsi suka dan duka di sini ye puteri-puteri o-hanna sekalian. puteri buta, masam dan manis..owh..tawar pon ada. Fatin bersama o-hanna kali ini. Jangan serik ye Fatin…nanti datang lagi..puteri buta..hehe.

Advertisements

Ini Sejarah Kita 15nov

Mula-mula tu fikir, awat lama sangat program ni. Dibuat dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Tapi kalau difikirkan balik, daripada duduk kat bilik, asyik leka saja, elok pergi usrah ni..ada juga pengisian. Alhamdulillah, diri ini antara orang yang Allah berikan petunjuk untuk hadir dalam majlis ilmu ni.

Secara tidak langsung, memang membuka minda yang kadang-kadang terbuka, kadang-kadang tertutup (up la sikit dari tertutup je..huhuhu). Memang panjang sirahnya. Betapa lamanya masa yang diambil untuk mencapai ustazyatul alam. Dan dalam sekelip mata je zaman kegemilngan tu musnah. Akan tiba saatnya Islam tu akan bangkit semula. Tapi persoalnnya, adakah pada zaman kita? Mampukah kita mngubahnya? InsyaAllah, tiada apa pun yg boleh mengubah nasib kaum itu melainkan kaum itu sendiri.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu membebaskan pemikiran anak bangsa kita yang masih lagi djajah (awat macam patriotik semacam ni??) Tetapi itulah hakiktnya. Besar tanggungjawab kita. Ingat o-hanna, kita bakal pendidik (9 of us at least) dan kita yang bertanggungjawab mencorakkn pemikiran kanak-kanak ribena kat matriks tu nanti

^_^.chaiyok!!

by:su_zul

Persidangan O-Hanna Kali Ke-5

RALEIGH PARK-O-Hanna berkumpul kembali!

Kali ini dengan pengisian baru untuk santapan rohani yang sentiasa dahagakan ilmu berguna untuk dunia dan akhirat (ayat still tak boleh lawan nabila ^_^). As usual, 5 T :

Tafsir : Surah Al-Falaq dan terjemahan. Salah satu surah pelindung (surah 4 qul). Sempat diselitkan ilmu tentang sihir yang banyak diamalkan di Malaysia.

Tajwid : Qalqalah (sughra, wusto dan akhbar). Ada bahan bantu mengajar lag..MARI MENGAJI! Memang mengingatkan balik apa yang hampir terlupa. Lagipun banyak sangat contoh qalqalah dalam surah Al-Falaq.

Taaruf : Kami sume khairan + was-was + curiga. Kenapa Kak Zaffan suruh bawa gunting dan gam. Rupanya kena buat kad. Kad untuk apa ni??? Well, memandangkan sudah bertahun meninggalkn zaman tadika (saya masih muda ^ _^ hhuhuuhu). Kad dah pun disiapkan la. Tapi entah kenapa, makin nak dicantikkan, makin abstrak jadinya kad kami tu (faham-faham ajela..especially mine!!!)

p11202831

Tidak sabar untuk design kad. Yeah designers!

p11202861

Tekun sampai terlebih masa yang diperuntukkan

Dah siap kad tu, barulah Kak Zaffan bagi tahu yang kami kena bagi kad tu kepada o-hanna lain. Tulis la something about peribadi orang itu. Apa lagi, masing-masing start karang esei. Ayat bagi puitis. Huhuhu, seronok sangat bila dapat kad dari orang lain. Walaupun kad tu dibuat sendiri dari bahan yang FOC (tapi kan…..ada orang tu letak harga kat kad dia..tak tahu la sapa tu. ….^_^) Apa yang penting, kata-kata dalam tu. Memang menusuk kalbu. OK, lagi 3 tahun kita tengok siapa yang keep lagi kad tu ..huhuhuhuh.

p1120300

Tulis, jangan tak tulis.

Topik : Kenapa kita hidup di bumi Allah? Untuk beribadah, menjadi hambaNya dan menjadi khalifah. Turut dibncangkan isu siapa yang boleh menjadi PM msia. Petikan kata-kata Tun Mahathir dalam berita kebelakangan ini. Tak sangka betul, akhbar di sini pun nak bincangkan isu pengkid yang tengah hot kat msia sekarang. Masalahnya, fakta yang diberikan media tu kurang tepat.

tambah amal : Memandangkan kali ini membincgkan surah Al-Falaq, maka amalan yang patut menjadi kelaziman kami mulai hari ini; membaca surah Al-Iklas sebelum tidur sebanyak 3x dan amalkan doa tidur juga. InsyaAllah boleh buat. Except kalau ada yang tertidur kat meja study (rasanya takde lagi la sampi macam tu skali setakat ini..huhuhuuh)

Conclusion : Banyak isu yang berlaku kat msia dibincangkan. Memang duduk di sini, membuatkan kita lebih concern dengn apa yang berlaku di tanah air. Biasalah, bila dah jauh ni, baru rasa nak appreciate.

Waa! Nak balik umah. Kami pun ada gak belajar bahasa arab sikit-sikit dari kak zaffan

marhaba! ana malaziah. ana min malazi.

Ada jugak la bercita-cita nak ke London cuti winter ni. Yna dah jemput. Susah sikit nak tolak. Heheheheh…..so, macam mana? Ohanna nak pergi?????

p1120304

Hasil kraf keras tangan o-hanna-raleigh. hehe

p11203061

Kecantikan itu hak milik setiap insan subjektif

^_^

by su_zul

Ohanna Bertemu Kali Keempat

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi peluang kepada O-hanna-raleigh untuk berjumpa dan bersama-sama dalam satu majlis ilmu. Kali ini Kak Zaffan memperkenalkan konsep 5T iaitu Tafsir, Tajwid, Taarif, Topik dan Tambah Amal. Satu konsep baru tetapi amat menarik. Menjadikan usrah ini tidak membosankan seperti yang dibayangkan.

Tajwid dan Tafsir

Surah Luqman menjadi pilihan. Mungkin kerana surah ini dekat dengan kami yang merupakan seorang anak memandangkan isi kandungannya penuh dengan nasihat seorang ayah kepada anaknya. Tajwid? Alhamdulillah, rata-rata mampu membaca al-Qur’an, antara lancar atau tidak, mengikut tajwid atau tidak, sama-samalah kita belajar.

Maksud: Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya,ketika dia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku!! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”

Inilah nasihat pertama dari seorang ayah, jangan mempersekutukan Allah kerana ia adalah satu-satunya dosa yang tidak diampunkan oleh Allah (melainkan dengan bertaubat nasuha). Kenapa nasihat ini diutamakan? Ini kerana ia melibatkan soal akidah, soal keyakinan kepada 6 rukun Islam. Keyakinan kepada Allah menjadikan seseorang itu yakin bahawa dia adalah hambaNya, keyakinan kepada malaikat menyebabkan seseorang yakin akan adanya pahala dan dosa, keyakinan kepada kitabullah menyebabkan kehidupan seseorang mempunyai panduan, keyakinan kepada rasul mendekatkan diri kepada sirah dan sunnah, keyakinan kepada hari kiamat menyedarkan diri akan pentingnya amal ibadah dan keyakinan kepada qada’ dan qadar mengajar diri konsep tawakkal. Keyakinan kepada 6 rukun ini amat penting kerana hasilnya ialah seorang individu muslim yang beramal soleh.

Taaruf

Kami juga berkongsi cerita mengenai pengorbanan ibu bapa masing-masing. Hasilnya, kami lebih mengenali antara satu sama lain disamping menghargai dan mengenang jasa insan bergelar ibu dan ayah. Ingatlah,seorang ibu dapat menjaga tujuh orang anak namun adakah tujuh orang anak ini dapat menjaga seorang ibu? Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh dan solehah.

Topik

Kali ini kami membincangkan tentang tasawwur Islam.

“Islam is terrorist”

“Islam ni sekadar solat dan puasa semata-mata”

“Pemimpin yang tidak mengamalkan Islam”

“Orang Islam sendiri tak jadi Muslim yang baik”

Ini antara pendapat yang diutarakan apabila ditanya apakah pandangan orang terhadap Islam dan mengapa ia berlaku. Erm,semuanya pendapat yang negatif. Mengetahui apakah pandangan orang tentang Islam adalah penting,namun memikirkan kenapa dan bagaimana untuk menyelesaikannya adalah lebih penting dan utama. Secara umumnya, setiap Muslim mejadi duta agama suci ini,maka setiap individu Muslim memikul tanggungjawab untuk menjadi Muslim yang baik.Baik di sini bukan sahaja bermaksud melaksanakan kewajipan wajib dan mejaga hubungan dengan Allah, tetapi turut menjaga hubungan dengan manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana Islam itu indah dan sempurna.

Tambah Amal

Kami telah berjanji untuk melakukan dua amalan sunnah. Bagaimana kawan-kawan? Sudah berjaya? Jika belum, teruskan usaha.Banyak ganjaran menanti untuk orang yang berusaha dan lebih banyak ganjarannya untuk orang yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W

Terlalu banyak yang dibincangkan. Input dan prosesnya sudah berlaku, outputnya? Insya Allah,  semoga usrah pada malam itu bukan sekadar perjumpaan kerana sudah diajak semata-semata, tetapi setiap ahli mendapat sesuatu yang elok untuk diamalkan. Amin….

oleh : O-hanna-Atiqah


Nottingham Games 2008!

Tahniah buat O-hanna-raleigh kerana turut menyumbangkan tenaga bagi membantu perjalanan Nottingham Games 08. Sama-sama muhasabah setiap peranan yang kita mainkan. Apa pun, NMG kali ini sungguh best!

1_426020221l

010

daripada akak yang sudah final year

mungkinkah kembali pada NMG 09

Kek Untuk Charity Week

Dua minggu lepas merupakan CW 08, Charity Week anjuran Islamic Society of  Universiy Nottingham bagi mengumpul derma untuk anak-anak yatim diseluruh dunia. Pelbagai aktiviti menarik diadakan. Salah satu aktivitinya ialah Cake Charity Sale.

O-hanna-raleigh mengambil peluang untuk turut serta dalam jualan ini. Kami berkongsi modal sekaligus menyumbangkan modal kepada tabung kebajikan. 100% hasil jualan juga diserahkan kepada tabung CW 08.

O-hanna-raleigh bekerjasama dari memasak kek sehinggalah proses menjual kek di gerai. Kek kami habis dibeli! Alhamdulillah. Oh ya, kek yang dihasilkan ialah Moist Chocolate Cake dan Banana Cake with Chocolate Topping.

Terima kasih atas kerjasama o-hanna-raleigh. Semoga Allah menerima amalan kita. Semoga ukhuwah semakin berbunga.

Testimonial Jualan kek oleh O-hanna-raleigh:

” Aktiviti jual kek memang best. Saya dapat belajar cara nak approach orang datang membeli kek. Memang enjoy la….”

” Pengalaman yang best!”

” Best. Memerlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk menarik pelanggan. Improve diri”

” Jual kek sangat best!!! Nak jual lagi!!! Buat kek pon sangat best!!! Dapat new experience meniaga di UK”

” Aktiviti ini merapatkan ukhuwah la dikalangan o-hanna-raleigh”

” Jualan kek memang seronok. Bangga dapat jadi salah seorang yang membuat kek itu. Berniaga di UK, kena cakap Bahasa Inggeris pula tu…hihiihi”

” Suka sangat jual kek tu, puas hati bila tengok orang beli dan makan kek tu dengan muka yang nikmat”

notts game :)

This saturday….an event that everyone has been waiting for is going be held at university park campus….certainly ohanna raleigh members r looking forward for this event as this is the 1st big event that gonna to be experienced by us as a 1st year students. Although we only participated as volunteer squad who r incharge on controlling the traffic as well as helping around, we r proud to do so.

Last year there were roughly 5200 students all over uk came to notts to celebrate the event….hoping this year around going to be even better….our sis….kak zaffan is going to sell cendol on that day…definately we r going to the stall n buy cendol made by kak zaffan n other sisters…..yummmy!!

p1050954

insyaallah on the following post we r going to upload lots of pics taken on that day….hoping the everything will run smoothly n best wishes from us to kak zaffan : )

Tag Cloud