We are sisters ^_^

Archive for December, 2008

OHANNA CONFERENCE KALI KE-6

 

Assalamualaikum semua ^_^ .First of all, penulis nak minta maaf sangat di atas kelewatan meng’update’ blog untuk ohanna conference kali ke-6. Penulis sedar, ramai sungguh pembaca setia blog ohanna yang  tertunggu-tunggu akan berita hangat  ohanna conference ;D …maaf ye atas sebarang kesulitan..

            Buah epal di luar pagar,

            Ambil galah tolong jolokkan,

            Penulis baru belajar tulis blog,

            Kalau salah tolong tunjukkan…

Usrah kali ini masih mengekalkan konsep 5T: Tafsir,Tajwid,Ta’aruf,Topik Hangat dan Tambah Amal. Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, saudari Hana dan saudari Yana tak dapat menghadirkan diri.Tapi kali ini saudari Fatin dari Taman Dunkirk Jaya telah sudi meluangkan masa join usrah ohanna(welcome ^_^).

Konsepnya masih sama,tapi kaya dengan pengisian rohani dan santapan jiwa (bukan perut je perlukan makanan..kan kan??)

TAFSIR:

Kami cuba menghayati makna surah Al-Ikhlas  pada minggu ini.Pendek dan padat,tapi amat terkesan di hati jika kita hayati maknanya..

bismillah

al-ikhlas

 

 

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

1.Katakanlah(Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.

2. Allah tempat meminta segala sesuatu.

3. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesuatu yang seantara dengan Dia.

Ikhlas.Nama surah ini pun sudah membawa banyak makna.Dengan sepenuh hati menyerah diri kepada Allah Yang Satu.Tempat kita meminta dan bergantung.

Kadang-kadang bila kita mengharapkan sesuatu dari seseorang,pertolongan atau mungkin material etc etc..kita jadi lupa untuk berdoa,meminta dari Allah.Sedangkan yang control dan menggerakkan hati manusia ialah Allah.Ya Allah peliharalah kami…

 

Pembaca sekalian,mampukah anda khatam 1/3 Al-Quran dalam masa 1 malam sahaja?? iye..1 malam je..believe it or not..you can.. ^_^    Abu Ayub Al-Ansari pernah berkata: membaca surah Al-Ikhlas boleh diibaratkan seperti khatam 1/3 Al-Quran dan Rasulullah mengiyakan.So,jadilah ia satu hadis.

Di sini kita dapat lihat,hadis bukan sahaja apa yang Rasulullah katakan.Hadis boleh datang dalam 3 bentuk:        

1-Apa yang Rasulullah cakap.

2-Perbuatan Rasulullah.

3-Apa yang sahabat cakap dan Rasulullah iakan atau diam.

Cuba amalkan dengan sepenuh hati,bacaan wajib sebelum tidur,insyaAllah ada berkatnya..aminn..

 

TAJWID:

Ulasan dan perkongsian saudari Atiqah mengenai kelas tajwid yang dihadirinya bersama beberapa ahli ohanna yang lain..

Selepas ketawa jap,Tiqah berkata, “Kitorang belajar alif,ba,ta..”

Hampir semua rahang bawah ahli ohanna yang lain jatuh :-O ..ish ish..”Tak percayalah..  betul ke korang ni??takkan belajar alif ba ta je..”

Ahli ohanna yang pegi kelas tajwid: “Betul..belajar dari foundation..sebut huruf dengan makhraj dan attribute yang betul..susah tau..kalau tak percaya,pegi lah.”         

Susulan dari curiosity yang tinggi dan diri yang kurang ilmu ni,penulis pun join lah kelas tajwid tu dalam minggu seterusnya..Ya Allah..walaupun hanya belajar alif ba ta,tapi memang sangat susah untuk sebut dengan makhraj yang betul..terasa amat kerdil diri hambamu ini Ya Allah..sesungguhnya,jika semua lautan di dunia ini dibaratkan seperti  ilmu Allah, banyak mana pun kita belajar,tetap tak dapat menyamai setitik air dari lautan tu..muhasabah diri balik @_@           

 

TA’ARUF:

Okey untuk ta’aruf kali ini, mari kita mengenali diri sendiri..who am i??

Kak Zaf telah membawa kuiz personaliti yang perlu kami jawab..jeng jeng jeng…kuiz ini bukan sahaja untuk menganalisis personaliti diri,malahan juga untuk menguji kebolehan mengira secara congak ^_^ (sangat mencabar,especially for bio students yang dah lama tak jumpe nombor)

Jenis2 personaliti diberi mengikut nama 4 jenis buah: GRAPE,ORANGE,BANANA & MELON.

Majority ahli ohanna mempunyai personaliti jenis GRAPE iaitu flexible,suka muhasabah diri,creative,sensitive & suka bekerja dalam kumpulan(cikgu2 ni semua memang sekepala ^_^)

ORANGE ada la 2-3 orang.Characternya ialah suka bawa perubahan,adventurous & independent(apakah ini ciri2 seorang guru besar??hehe..)

BANANA pun ada gak.Mempunyai ciri2 a good planner,organize & ikut arahan(baik tuan pengetua!!)

Orang yang berciri MELON memang paling sikit.Antara character melon ialah suka berbahas,mencari solution dan analyse idea.Melon ni juga dikatakan mempunyai ciri2 seorang pemimpin(Tak boleh la semua orang jadi ketua,nanti gaduh plak..ibarat kapal dengan 2 nakhoda..)

Kuiz ni berdasarkan kajian.So,tak semestinya 100% betul(tapi banyak la yang betul..kan kan ohanna??).Sangat bagus untuk kita mengenali diri sendiri(dan kawan2 kita) di samping cuba mempertingkatkan potensi diri. Memetik kata2 sdr. Cha ”Kenali komuniti, Jauhi kontroversi.” So,ohanna..apa lagi??up,up & up lagi..aja aja fighting!!

TOPIK HOT!!:

Kami membincangkan berkenaan Islam,Iman dan Ihsan. Kami dipecah kepada 3 grup dan diberi 3 case study yang berlainan.Basically,we have to discuss macam mana nak terapkan Islam sebagai cara hidup dan menyelesaikan masalah.

Case study 1: Siaran TV sekarang terlalu banyak unsur2 negatif, anda sebagai menteri penyiaran , apa langkah yang anda boleh lakukan?

Penyelesaian:

         Tidak meluluskan cerita,muvi2 yang melampaui batas Islam.

         Menayangkan lebih banyak cerita yang ada pengajaran dan memperbanyakkan promosi.

         Tapis dan kurangkan cerita dengan unsur hiburan melampau(hedonism)

         Lebihkan skop cerita yang sesuai untuk semua kaum.

 

Case study 2: Bila belajar,susah2 je,mula rasa nak give up.Anda sebagai pelajar perlu buat apa?

Penyelesaian:

         Ingat!kita belajar niat kerana Allah.susah macam mana pun,usaha gak.InsyaAllah Allah akan tolong kita.

         Kita kadang2 tak tau, limit kita sampai setakat mana.So, always push yourself to the limit.

Case study 3: Budaya bercinta(aka couple) yang melampau semakin berleluasa.Anda sebagai menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat,boleh buat apa?

Penyelesaian:

         Menasihati masyarakat agar menerapkan nilai agama yang lebih kukuh dalam diri anak.Contohnya,menutup aurat dengan sempurna bagi Muslim.

         Mengambil berat akan perkembangan diri anak2.

Dan kami juga berbicara mengenai Hadis ke-2 dari Hadis 40..berkenaan Iman..(Revise balik 6 Rukun Iman tu..)

uniknya orang Islam ni, kita beriman pada tuhan yang kita sendiri tak nampak..Tapi kita percaya dan yakin pada tuhan kita iaitu Allah..

Untuk membuatkan kami lebih memahami konsep ini, kami mencuba permainan puteri2 buta.3 puteri buta yang bertuah ialah Atiqah,Farahin dan Fatin. Kami menyediakan 2 tupperware untuk setiap puteri buta.1 kosong dan 1 lagi berisi garam. Puteri2 yang ditutup mata ini, akan mendapat guidance dari seseorang agar mengambil bekas yang kosong dan dituang ke atas kepala dan pada masa sama digoda oleh seseorang yang lain untuk menimbulkan rasa was was.

Game kami kurang mencapai misi,kerana kedegilan puteri2 buta ni(tak mau dengar arahan..hehe)Tapi  Alhamdulillah, kami dapat gak memahami apa itu Iman.Kadang2 tu, permainan perasaan sendiri pun dah sangat membuatkan kita confuse.Always get a good grip of yourself and have a strong base of Iman.InsyaAllah kita sentiasa di bawah limpahan rahmat Allah.

 

TAMBAH AMAL:

Apa yek untuk tambah amal minggu ni??Hurm..Hari2 kita tengok cermin kan?(hobi orang perempuan ni.. ^_^)So,untuk tambah amal , kita baca doa melihat cermin: “Ya Allah,Kau hiasilah akhlakku,seperti mana kau hiasi wajahku.”

Yang kedua,masuk tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan..

PENUTUP

Alhamdulillah,selesai 1 lagi ohanna conference. Banyak ilmu2 yang kami dapat kali ni..Credit to tuan rumah for the popia and pai kentang..InsyaAllah esok ohanna berangkat ke London dan kami akan stay di rumah Yana until Tuesday.Tak sabarnya nak berusrah di London!!ubah angin sekali sekala..and once again, sorry everyone for the late update..

p/s: congratulation ohanna di atas kejayaan open house anda ^_^ ten q to kak anne,kak ira,kak iqa and neo..well done everyone for the hard work..memang sangat worth it kan??

p/s 2: credit to mak su and tiqah di atas bantuan anda buat update ni ^_^ jzkk (cikgu su,ni update nye ^_^)

p/s 3: to all readers,sorry kalau ada ayat kat atas ni yang susah nak faham..kemahiran berbahasa saya kureng sket..tak ada gambar la usrah kali ni..photographer tetap wiz dslr aka yana balik london ^_^..klau ada sesiapa yang berminat nak buat personaliti quiz tu,feel free to contact kak zaf..(boleh kak zaf?? ^_^)

 

by: khadijah khairi (ohana means family ^_^)

 

Salam Aidiladha untuk Semua!!

Selamat hari raya! Wah, tak sangka betul, pejam celik dah 3 bulan o-hanna merantau di bumi Notts. Dah ada bakat wat rumah terbuka. Kepada kak Anne,kak Eira,kak Eiqa dan tak terkecuali Neo, terima kasih banyak kerana sudi menyewakan lokasi untuk rumah terbuka kami tanpa kadar bayaran sedikit pun. Jasa anda dikenang!
Teringat masa mula-mula, masing-masing meragui kebolehan diri: “kawe ni bole masok ko dok eh?” Tapi sekarang segalanya sudah terbukti: ”Eh, jolo ko sakni oghe tok berhenti dok tamboh nasi?” Jika bonda kita yang berada di tanahair melihat sendiri betapa asyiknya para tetamu menjamu selera, tentunya hati mereka akan berbunga bangga.

Amboi, angkat bakul sendiri nampak..^_^ Bukan apa, setelah menempuh pelbagai dugaan: dapur tak berfungsi, orang rumah mengamuk dan asyik berulang alik ke city, akhirnya ‘projek mega’ kita berjaya. Allah mengurniakan kita kejayaan tak lama setelah kita diuji  dengan secebis cabaran. Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa.

 

 yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

 

Apa-apa pun,yang penting, niat. Dengan berniat melakukan sesuatu kerana Allah dan ia dikerjakan mengikut syariat dan sunnah Rasulullah saw, maka perbuatan itu akan menjadi ibadah. InsyaAllah..Dan ingatlah, Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaNya. (51:56)

Terima kasih kepada semua yang hadir. Jazakallahu khairan. Terima kasih juga kepada semua yang memberi cadangan, nasihat dan pujian.Kami sangat menghargainya. Setidak-tidaknya, kami dapat memperbaiki diri. InsyaAllah..Ingin diselitkan sedikit komen dari para tetamu yang hadir:

‘Korang letak apa dalam makanan ni sampai aku tak berhenti makan ni?’

‘Abang nak akak yang mana satu ni?’ soal kak Reen pada anak lelakinya (masih kecil, jangan salah faham.)^_^

‘Semuanya sedap. Tak sangka masak sebegini banyak!’

Ada sesiapa yang inginkan resepi nasi ayam, mee sup, kek batik, puding karamel, agar-agar roti dan tak dilupakan nasi impit dan kuah kacang? Kami bersedia berkongsi ilmu ^_^. Cikgu-cikgu Raleigh, tahun depan ada plan nak berniaga masa Nott’s Game ka?

Kepada kak Zaffan, kami tak sempat merasa toblerone cheese cake akak. 😦  Tapi sempat la jugak menikmati kerak kek tu yang diseludup masuk ke dapur. Yang pastinya, keraknya pun sodap! 🙂

 

 sapa nak tau, kak zaffan terrer main basketball!

Tak sabar rasanya untuk berjaulah ke kota London dan pulau besar Ireland. Moga ilmu yang kami peroleh sepanjang perjalanan dapat dimanfaatkan oleh diri sendiri dan orang di sekeliling kami. InsyaAllah..Tapi jangan dilupa, pesan akak-akak: manfaatkan masa yang ada untuk BELAJAR!

7751

cikgu-cikgu semasa muda..

p/s: bila agaknya cikgu Dijah nak ulas pasal usrah o-hanna sesi ke 6 ye?^_^

by: su_zul o-hanna

Arigatao

Tahun ini ..tahun melankolik. Hari Raya Haji amat terkesan dihati apabila kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dihayati.

Ohanna Raleigh,


232

Akak kagum dengan semangat kalian. Seronok melihat kebersamaan dan kesungguhan kalian bersama-sama mengadakan majlis makan-makan. Sungguh makanan sodap-sodap belaka. Namun apa yang akak nampak lebih manis dan indah ialah ukhuwah disebalik itu. Bukan sekadar material; makanan yang dihidangkan semata-mata, tetapi keikhlasan kalian menjamu tetamu. Allah menerima ibadah korban bukan kerana sembelihan dan daging, tetapi pada keikhlasan hati yang menunaikan korban.

Ukhwah yang mula berputik mekar. Sayu mengenangkan ini tahun terakhir akak di sini, namun hati berbunga tatkala merenung dan menghayatinya. Semoga terus mekar walaupun kita berjauhan suatu hari nanti. InsyaAllah akan disemat dalam ingatan. Moga kalian terus tetap teguh dan seiring sejalan.

Dalam penuh sedar, inilah pengalaman berhari raya di perantauan buat tahun ini.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih semua.

Arigatao bestfriends!

TONTON VIDEO OHANNA-RALEIGH

 

Tag Cloud