We are sisters ^_^

Archive for April, 2009

persaudaraan di france

Assalamualaikum semua~~

“Ada cite best ni..nak dengar tak?”, kata sue selepas balik dari melihat eiffle tower pada waktu malam.

kami 3 org yang tak ikot serta dah tidor..hanya pain yang terjaga mendengar cerita sue.

“tadi kami kne sekat dek budak2 nakal masa kat dlm metro”

“betol??”

waa…terkejut dgr tuh. nasib baik ohanna dah amik precaution. tiada kemalangan jiwa dan kehilangan harta berlaku di situ. tu la pengalaman buruk mse kat France.

Namun, muslim dekat France sgt di kagumi. Ramai muslim yang menolong kami tanpa diminta. Torkiya dan Fahid (kalau tak silap namanya~) membawa kami ke destinasi. baru terasa betapa tingginya nilai persaudaraan dlm Islam. terasa sedih juga..sebelum ni xdpt bantu seseorang yang meminta ditunjukkan jln. dan terasa pentingnya utk belajar bahasa arab..bahasa al-Quran.

“eh, ni kedai halal ni..jom beli pie. laparla~”

kedai muslim. dia cam nk ckp sesuatu..psal tsunami la, ape la..tp syg, xreti bhs arab or french. terasa bhs arab penting utk memahami al-Quran dan komunikasi sesama muslim.~

p/s: jom ambil modul bhs arab sem depan!!

Masa Lapang Sebelum Masa Sibuk

Assalamualaikum wbt buat Ohanna-Raleigh dan para pembaca sekalian.

Sudah lama rasanya blog ini tidak di update. Lebih-lebih lagi selepas semua ahli Ohanna pergi bercuti membawa diri ke destinasi masing-masing.

Tahniah buat warga Ohanna yang berjalan mencari pengalaman di tempat orang. Tidak sabar rasanya mahu mendengar cerita dari anda semua. Pasti menarik. Belajar dari pengalaman orang lain.

Apa pun, cuti yang masih berbaki dua minggu ini elok kita manfaatkan sebaik mungkin. Masih ingat lagi muhasabah penggunaan masa yang kita lakukan dalam pertemuan terakhir sebelum cuti musim bunga?

“Macaman nak buka cupcake ni?” soal Nab usai sesi muhasabah penggunaan masa dilakukan.

“Bukalah bekas cupcake tu, ” ujar Yna.

“Makan cupcake tu, sekaligus,” Jiha memberikan idea.

Yang lain masing-masing memberikan tumpuan kepada cupcake. Memikir, apakah agaknya helah Nab pada kali ini.

“Kalau nak buka cupcake tu, begini.” Nab menamatkan kekeliruan.

Cupcake diambil dan dibuka bekasnya.

“Action speaks louder than words”

Itulah pengajaran yang kita dapat dan perlu dipraktikkan. Moga-moga kita lebih efisyen dalam membahagikan masa dan memanfaatkan masa yang kita ada. Rebut masa lapang sebelum datang masa sakit.

Kaedah barat yang sungguh Islamik. KLIK

Aduhai, aku tidak punya banyak masa, atau diri ini lemah memanfaatkan masa yang ada.

Jom usaha insyaAllah. Sehingga bertemu lagi di sesi picnic dan riadah di Wollaton Park insyaAllah.

Demi Masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Tag Cloud