We are sisters ^_^

Malam tahunan Nottingham Malaysian Society telah tiba. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tugas kami sebagai sukarelawan makan malam VIP juga berjaya dilaksanakan. Acara bermula dengan makan malam pada pukul 6.00 petang (sebenarnya da malam pun). Kemudian persembahan drama musikal pada pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Alhamdulillah, kami (para sukarelawan makan malam) sempat juga menonton drama. Para pelakonnya memang mantap, boleh menang Anugerah Skrin TV3. Tak sangka sungguh, Izreena and the gang berjaya memeriahkan babak Hari Raya. Amboi, Izreena.. Hang jadi Cik Combi naa.. Padan dengan Nana Kasssim.. Haha..

Babak pencak silat juga sangat menarik. Memang berjaya membuatkan banyak mata yang terpesona. Gerak langkah teratur dan jelas punya ciri kemelayuan. Bangga kerana silat dipentaskan di hadapan para penonton yang datang dari berbilang bangsa dan negara asal. Bak kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Sangat-sangat suka dua babak ini- silat dan adegan hari raya. Punya seni tersendiri.

Namun, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

1)Soal hidangan makanan perlu lebih dititikberatkan. Senang cerita, makanan untuk semua hadirin dan sukarelawan perlu lebih mengenyangkan kerana kebanyakan manusia boleh menjadi Incredible Hulk bila lapar.

2)Pengangkutan para penonton dan sukarelawan juga perlu lebih teratur. Bukan bergantung pada bantuan orang lain. Moga tahun depan, lebih banyak lagi perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk bahagian logistik kerana £100 tidak mencukupi.

3)Pemakaian dan pergaulan para penonton dan pelakon juga perlu lebih sopan. Malaysian Night bukan malam parti dan bukan budaya orang Malaysia pun untuk berparti dan berpakaian menjolok mata. Setiap kaum di Malaysia punya adat yang menuntut kesantunan. Jujur saya katakan, malam semalam, cantik lagi orang yang ‘menutup’ berbanding orang yang ‘mendedahkan’. Saya kira, tidak perlu la memasukkan adegan keterlaluan yang sebenarnya tidak mencacatkan sedikit pun jalan cerita jika digugurkan dari babak lakonan, kerana sudah tentu kita tidak mahu orang Barat punya perspektif negatif tentang Malaysia.

4)Setiap perancangan perlu diselitkan Plan B. Seperti apa yang berlaku sewaktu makan malam para VIP, VIP membawa keluarga mereka bersama. Sedangkan tempat untuk VIP yang disediakan hanya 20 orang. Mujur kak Sya membantu kami menguruskannya dengan baik. So, always prepare for trouble.

5)Perlu ada AJK yang menguruskan harta benda NMS supaya tidak berlaku kehilangan barang dan pembaziran wang pound setiap kali aktiviti NMS diadakan.

Antara komen para hadirin:

1)Persembahan sangat mantap. Adegan menarik. Ada penonton yang menitiskan air mata(sangat menghayati..).

2)Waitress semua lawa-lawa. (yang ini, saya suka^_^)

Sekalung terima kasih saya hulurkan buat semua yang membantu. Terutama pada Kak Su, Kak Sya, Kak Reez, Dijah, Hana, Yna, Nab dan Pain. Terima kasih tak terhingga juga buat Nabilah dan Jihah yang hadir sebagai penonton tetapi punya jiwa sukarelawan. Terima kasih pada kak Zaffan, Batu, dan Justin kerana sanggup berulang-alik mengambil para sukarewan dari East Drive ke King Meadow Campus(KMC) dan menghantar kami pulang ke rumah dengan selamat. Sekalung penghargaan juga buat semua yang menjayakan Malaysian Nght 2009.

Moga aktiviti NMS pada tahun depan lebih menarik dan berjaya dari tahun ini. Malaysian Night adalah malam orang Malaysia. Malam untuk budaya Malaysia diketengahkan di kalangan penduduk United Kingdom, khususnya Nottingham. Malam untuk semua Malaysian di Nottingham saling bekerjasama. Jika kita mahu segala yang lagho dan haram dibanteras, kita perlu menjadi badan penggerak. Ikut serta dalam pembikinannya. Bukan seperti enau, yang melepaskan pucuk masing-masing.

Teringat saya suatu hadis sahih (maaf, tak tahu sumber).

Tugas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar umpama belayar di atas kapal. Orang yang melaksanakan amar makruf berada di bahagian atas kapal manakala orang yang melakukan kemungkaran berada di bahagian bawah kapal. Apabila kehausan, orang yang berada di bawah kapal itu menebuk lubang untuk mendapatkan air laut. Jika orang yang melaksanakan amar makruf tidak mencegah orang-orang itu dari terus menebuk kapal (nahi mungkar), sudah tentu kedua-duanya akan karam. Kerana bala akan diturunkan pada seluruh kaum itu, sama ada beriman atau tidak.

Dan ingatlah, ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,”Agar kami mempunyai alasan (mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa. (Surah Al-A’raf:164)

Wallah hu alam.

p/s: Ada sesiapa yang berminat menjadi badan tertinggi NMS?^_^

su_zul

Comments on: "Malaysian Night, Malam Kita?" (6)

  1. not yet 20 said:

    tahniah kepada semua org yg terlibat..maaf x dapat turut serta..huhu..rugi la pulak..

  2. he3..thanx..ai,sp la pulak yg x ckup umur ni..^_^

  3. hehehehe…indeed it was fun…insyaallah taun dpn jom kite jayakn lagi n try to improve….insyaallah

    mari kite same2 active n mlibatkn diri…klu x kte sape lg???jom join hicom nms

  4. “1)Soal hidangan makanan perlu lebih dititikberatkan. Senang cerita, makanan untuk semua hadirin dan sukarelawan perlu lebih mengenyangkan kerana kebanyakan manusia boleh menjadi Incredible Hulk bila lapar…” hikhik ^_^ sy setujuu..and kesian jugak kt audiences yg kelaparan..insyaAllah put some more effort utk Mnite yg lebih cemerlang,gemilang and terbilang ^_^

  5. salam..

    teruskan usaha merubah..

    pastikan islam terserlah.

    bukan just nk seimbangkn kemungkaran..

    teruskan beramal

  6. santaibroadgate said:

    “Amboi, Izreena.. Hang jadi Cik Combi naa.. Padan dengan Nana Kasssim.. Haha..”

    Amboi,sempat no cek bergosip-gosip lagu tu,awat nak lawan mami ka??

    hehe,neway, long way to go..sama2 la kita usaha sehabis baik untuk amar makruf nahi mungkar…

Leave a comment