We are sisters ^_^

Ohanna means family ^_^

Kat mana jua kita berada, kita melihat pada bulan yang sama, berada di bawah langit Ilahi yang sama..

missing the good ol’ days we spent together, missing everyone..badly..enough said.

Tetap dekat di hati

Lama blog O~hanna sepi.Banyak yg mahu dikongsi,tapi.. entahlah..getting busy?..atau mungkin rasa kehilangan…Rasa kehilangan akan seseorang…
Ya,si dia yang tidak lagi kami ketemu sejak summer..Sungguh jodoh itu rahsia-Nya.Berpisah sementara atau selamanya,hanya Dia yang tahu..the All-Knowing.

Basketball match between O~hanna sisters,bonfire nite,london trip,jalan2@Sheffield,Wollaton Park picnic,makan-makan di Raleigh,birthdaysss,laughters,tears,………..bersama si dia.

“Seek to understand and then to be understood”

Moga2 O~hanna semakin rapat
Moga2 O~hanna semakin matang,menghargai..
Ya Tuhan, makbulkan doa kami.
Let’s forgive each other and the sweetness of ukhuwah will be blossoming..

Kak Zaffan,we will miss you..!!
May Allah rewards you jannah..

p/s :kak zaff,bila nk bg kad nie?*curious*
^_^

~chemistry-is-funny~

“Kak Zaffan, ada ramai pelajar yang akan ke Nottingham. Pelajar KPM semuanya. Saya kenali mereka semasa program BTN,” begitulah lebih kurang maklumat yang disampaikan oleh Ainol, superjunior saya di KYUEM.


Permulaan Satu Pertemuan

Bermula dengan satu nombor telefon, milik Khadijah, akhirnya berjaya mengumpul hampir kesemua nombor telefon para pelajar tajaan KPM lepasan matriks yang akan mendaftar di Universiti Nottingham bagi sesi 2008/2009.

Daripada Nabilah di utara, sampailah kepada Najihah di selatan saya cuba jejak. Nab dan Nadiah di Kedah, Pain di Penang, Dijah di Pahang, Su di Negeri Sembilan, Anis di Kelantan dan Iela di Melaka. Berbeza negeri, berbeza latar belakang tetapi punya persamaan, bakal ke Nottingham.

Andai adik-adik dari KYUEM dan KMB khususnya sudah diberikan pendedahan melalui program pre-departure, adik-adik dari matrikulasi tidak sempat merasa. Lalu buku panduan pre-depature segera saya poskan. Saya berkesempatan menyerahkan buku itu kepada Khadijah secara berdepan. Pertemuan singkat di bandar Temerloh merupakan detik pertama perkenalan saya dengan Khadijah dan emaknya. Alhamdulillah.

“Tolong tengok-tengokkan dan jaga anak makcik ya,” begitulah pesan emaknya Khadijah. Terasa sudah tanggungjawab sebagai senior. Tergambar sudah betapa besar harapan ibu membesar dan melahirkan kita.

“InsyaAllah makcik,” saya menjawab dalam senyuman. Berdoa dalam hati agar Allah beri kekuatan dan kemampuan.

Cantik sekali perancangan Allah. Itulah permulaan satu pertemuan. Jodoh yang sudah ditetapkan.


Menghulurkan Tangan, Menawarkan Panduan

Saya dan Intan serta pelajar-pelajar Malaysia yang lain sengaja memilih untuk pulang awal ke Nottingham. Memendekkan cuti musim panas bersama keluarga bagi menyambut adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke tempat baru. Tempat yang asing buat mereka.

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Berdebar-debar juga menantikan wajah-wajah mereka. Mereka yang selama ini hanya dihubungi melalui telefon dan alam maya. Yang hanya saya dengar suaranya. Yang hanya saya baca tulilsannya. Hari itu saya bakal bersua muka.

Saya dan Intan menunggu di Student Hall tempat mereka bakal menginap buat sementara waktu. Akhirnya, bas yang disediakan universiti daripada Heatrow Airport tiba. Dari luar bas saya lihat kelibat manusia bertudung litup melambai-lambai. Mereka sudah tiba!

Jika dahulu cuba membayangkan wajah mereka. Kini mereka di depan mata. Salaman pertama dihulurkan dan terus ke tempat penginapan. Usai urusan pendaftaran, mereka dibawa membeli belah dan sebagainya.

1_867387440l

Asda no longer low prices. Heh

“Kenapa kita beria sangat hendak menyambut pelajar-pelajar baru ni Zaffan,” satu soalan yang pendek dilontarkan Shafie.

“Kita sambut sebab mereka ini ibarat masuk ke tempat baru. Lalu kita hulurkan tangan dan pandu. Kita hanya raikan fitrah manusia yang gembira apabila diri mereka diberikan perhatian dan bantuan. Inilah yang Ruzaini kongsikan dengan aku,” soalan yang ditanya, dijawab sendiri oleh Shafie.

Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang niat. Terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa aku berurusan dengan manusia. Terima kasih.

Dari situ, bermulalah kisah hidup mereka di Nottingham, tempat menimba ilmu, mengenal diri, membaiki prestasi dan mendidik jiwa memberi.


Kita Satu Keluarga, Kita Ohanna!

“Akak berminat nak adakan gathering dengan kamu semua. Sekali dalam dua minggu. Gathering yang diselitkan pengisian buat peringatan bersama. Kamu semua setuju kah?” saya meminta izin pada setiap tuan badan dalam mengatur rancangan.

Rancangan buat mereka, bukan rancangan tentang saya. Jadi, perlulah mendapatkan persetujuan mereka. Bukan buat sesuka hati saya. Bukan memaksa tidak tentu hala. Tidak akan kemana. Manusia punya jiwa dan rasa. Bukan anak patung yang di arah lalu mengikut. Saya berurusan dengan manusia.

Ditakdirkan Allah, kamu semua setuju. Pertemuan ini juga membawa Atiqah dari KYUEM dan Hana Ali dari KMB sebahagian daripada kita. Pertemuan dua kali seminggu dijalankan dan kamu semua memberikan kerjasama dengan baik sekali. Setiap kali pertemuan adalah pertemuan ukhwah. Makin bertemu, makin kenal dengan setiap individu. Ada yang rindu pada keluarga. Ada yang punya teman istimewa. Ada yang bermacam-macam ada.

Bertemu, berkongsi idea, bertukar cerita. Moga semua yang kita lakukan pada setiap kali pertemuan yang bermula dari ummul kitab sehinggalah surah al-`asr menambahkan iman serta ilmu di dada. Akhirnya membuahkan amal selepas tasbih kifarah dibaca pada penghujung pertemuan. Aminn. Akhirnya nama Ohanna di pilih. Mudah untuk diingat dan dipanggil. Ohanna, pertemuan pada minggu ini adalah sekian dan sekian. Ohanna, jom kita jalan-jalan ke sana-sini. Ohanna Relaigh Park.

“Kak Zaf, ada seorang pelajar Bank Negara di Raleigh Park. Liyana namanya,” Tiqah menyampaikan kepada saya.

“Ye ke? Dia seorang sahaja ke? Ajaklah dia ke gathering Ohanna minggu ini,” saya mencadangkan kepada Tiqah.

Kehadiran Liyana atau dikenali Yna menambah rencah ke dalam pertemuan kami. Bidang pembelajaran yang berbeza serta terlebih dahulu menetap di UK bersama keluarga.

Saya dijodohkan dengan 11 orang ahli Ohanna akhirnya. Latar belakang berbeza. Sikap dan cara befikir yang pelbagai. Tetapi Ohanna duduk bersama dalam satu pertemuan. Mencari titik persamaan.

078

Siapa punya hari jadi? Keliru sudah, 11 orang katakan.

Jangan “SS” – Syok Sendiri

“Zaffan, kau jadi naqibah usrah Ohanna ye?” Shafie bertanya.

“Jadikan diri kau special buat mereka. Menangi hati mereka adalah peranan daei. Macam naqib aku di KISAS dulu. Sampai sekarang aku masih ingat padanya,” Shafie berkongsi tips.

“Mampukah aku? Orang yang biasa-biasa ingin menjadi special. Usrah di KYUEM dahulu streotype,” terdetik dihati saya ketika chatting di YM masih berlansung.

Usaha sahaja, luruskan niat. Moga Allah permudahkan.

“Hari ini, selepas beberapa pertemuan, akak perlukan feedback daripada kamu semua. Keluarkan sekeping kertas kosong. Tuliskan, apakah komen kamu tentang usrah kita. Tentang kekerapan, masa pertemuan, jumlah ahli, pengisian dan apa jua. Nyatakan negatif dan positifnya. Komen juga tentang akak sebagai senior kamu dalam pertemuan ini. Tidak perlu tulis nama pada kertas. Selepas siap serahkan pada akak,” saya mencadangkan proses muhasabah dilaksanakan.

Alhamdulillah, saya tahu samada kamu gembira atau terpaksa datang. Saya menerima komen membina. Penting untuk setiap naqibah menjalankan muhasabah. Tanyakan pada setiap ahli usrah tentang usrah. Kerana ini usrah mereka. Bukan usrah naqibah seorang.

Akhirnya pertemuan demi pertemuan kita berpeluang adakan atas kelapangan dan kekuatan yang Allah pinjamkan buat kita. Bukan sekadar pertemuan, banyak juga aktiviti luar bersama. Daripada bermain basketbal sehinggalah jalan-jalan di Sheffield. Daripada memasak dan menjual kek, sehinggalah piknik di Wollerton park. Semuanya kita cuba lakukan bersama. Andai ingin disenaraikan kesemua, akan panjang berjela.

292

Nanti teman Nab berlatih dribble bola ye Ohanna. Jangan pakai jubah masa berlatih sudah. Hehe

Berkasih Sayang Ada Batasnya

Jika dahulu saya memang sukar menunjukkan kasih sayang pada orang lain. Tidak reti barangkali. Namun hal ini saya belajar sedikit demi sedikit daripada teman-teman. Perlu ekspresi. Kita tidak punya masa yang panjang. Hujani dengan kasih sayang selagi punya masa. Masa lapang!

“Entahlah Nedhu, akak rasa takut nak terlalu rapat dengan kamu semua. Pelajar first year di Nottingham ini. Nanti bila terlalu rapat. Sukar pula nak lepaskan,” saya sudah memikirkan hal ini sejak di awal tahun lagi. Tatkala hati mula terpaut pada Ohanna, merasakan Ohanna cahaya hidup saya tatkala berseorangan dalam batch architecture mengharungi tahun akhir, saya seolah-olah dapat kekuatan. Perhatian saya dialihkan. Bukan sekadar fokus pada tahun akhir (part 1) architecture, tetapi memilik 11 orang adik-adik kurniaan Allah yang dijodohkan buat saya berukhuwah. Peluang saya berkongsi cerita bertukar inspirasi.

3549494892_ca569f63ce

Ya, tidak salah untuk rasa memiliki, tetapi jangan sampai menguasai hati.Kamu semua pinjaman Allah. Akan tiba masanya untuk dilepaskan pergi. Kini akak rasa lebih lega untuk pulang. Mengapa? Alhamdulillah kamu semua kelihatan tenang duduk di Nottingham. Jika di awal tahun, ada yang resah dan rindukan keluarga, tapi kini, lebih yakin dan mampu mengawal rasa. Kamu berdikari dalam pelbagai perkara. Kamu bersama-sama berkerjasama dan mampu bergerak bersama. Akak mungkin tidak terlibat sama, tetapi akak memandang dari jauh dan melihatkan perkembangan-perkembangan positif ini. Moga terus dan terus menjadi lebih baik lagi semasa tahun kedua dan ketiga nanti.


Tangisi Pertemuan, Bukan Perpisahan

Terima kasih atas video khas buat akak. Maaf andai expectation kamu membuatkan akak menangis tidak tercapai. Entahlah, sukar pula untuk mengeluarkan air mata pada perpisahan kali ini. Jika dahulu sayalah jaguh!

Kerana apa? Saya turut memikirkan. Something wrong with me? Tetapi saya fikir  kembali, mungkin kerana diri ini memikirkan jalan yang masih panjang selepas ini. Tanggungjawab yang bakal ditempuh selepas melangkah kaluar dari universiti. Bahkan, saya berkemungkinan besar akan kembali ke bumi Nottingham menyambung pelajaran menghabiskan kontrak bersama JPA dan universiti. Dan pada ketika itu, Ohanna sudah di tahun tiga.

Perpisahan kali ini tiada tangisan. Kerana bagi saya, inilah perpisahan yang merupakan permulaan kehidupan. Saya yakin insyaAllah kita tidak akan berpisah selama-lamanya. Kita akan bertemu lagi. Andai tidak di sini, di syurga nanti. Berukhuwah sampai ke pintu syurga.

Cenderahati Dari Hati

Terima kasih. Banyak yang akak belajar dari kamu semua. Terlalu banyak. Lebih banyak daripada apa yang kamu terima daripada akak. Bayangkan, diri akak seorang belajar daripada 11 orang adik-adik. Salah satunya yang akak belajar ialah belaar main bowling!

Terima kasih atas buku dan penwangi bilik tanda kenang-kenangan. Akak tidak sempat untuk menyediakan apa-apa. Moga kalian semua kenang akan masakan akak bila akak tiada nanti.

Sedikit pesanan dari hati. Bukanlah amanat, bukan juga tugasan terakhir Ohanna. Cuma sesuatu yang boleh sama-sama kita fikirkan.

Buat Ohanna,

Iela, Jiha, Nab, Tiqah, Anis, Su, Dijah, Nadiah, Yna, Hana, Pain. Kalian adalah anugerah Tuhan yang Allah jodohkan buat diri ini. Terima kasih kerana kalian menjadi diri kalian.

Terlalu banyak yang anda semua telah lakukan. Mengingatkan diri ini tentang cita-cita dan harapan. Tentang semangat dan usaha. Teruslah kalian belajar dan belajar. Belajar erti kehidupan. Mengenal diri memahami agama. Agama cara hidup kita. Dengan agama sahaja kita selamat di dunia mahupun di akhirat sana.

Pasakkan dalam hati agar kita menjadi muslimah mukminah solehah. Kita kaum hawa yang bakal melahirkan dan mendidik generasi seterusnya. Kita kaum hawa yang bakal menjadi penyokong dan pendokong buat kebangkitan Islam. Lalu persiapkan diri dan terus persiapkan diri. Usah bertangguh, usah ragu. Kalian semua punya kebaikan dalam diri. Punya keinginan dalam hati. Mahu dan mampu membawa Islam dalam diri.

3460259395_e4b526a721

Adik-adik Ohanna sekalian, carilah ilmu, buatlah kebaikan di mana jua. Mohon pada Allah semoga dilindungi dan diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan. Dalam kehidupan, kita akan menempuh ranjau dan duri, namun semuanya adalah ujian supaya kita sabar dan ikhlas. Andai kalian menempuh saat-saat berada di bawah, bertahan. Ingat Tuhan. Pegang kukuh pada tali agama Allah walaupun hampir rebah. Bertahan dan bertahan. Hanya itu yang boleh akak pesankan. InsyaAllah, selepas seketika, apabila ujian ditakdirkan tamat berdasarkan tempoh masa Allah s.w.t, kalian akan merasa kemanisannya. Kemanisan melepasi ujian dari Allah. Kita diuji kerana kita hambanya. Kita diuji supaya membuktikan cinta dan taqwa kepadanya. Kita diuji adakah kita sabar dan ikhlas….

Akhir kalam dari akak pada kali ini, kalian bakal menjadi wanita kelak. Kalian harta berharga buat agama. Mahal harganya dan peliharalah. Perlihara sungguh-sungguh. Jagalah perbadi, hiasi akhlak. Wanita itu indah. Wanita itu menenangkan. Hanya apabila wanita itu bertaqwa. Usah bimbang andai diri kita tidak dihargai wahai adik-adik, TETAPI bimbanglah andai kita TIDAK BERHARGA lagi.

emeralda74

Akak mengundur diri. Apabila tiba masanya, akak sendiri akan mengundurkan diri dari hidup setiap Ohanna sekalian. Namun harapan akak, kita tetap dihati. Ukhuwah itu kadangkala tidak sempat berjumpa, tidak sempat berbicara, tetapi ianya ada di dalam dada. Kamu berpisah dengan akak seorang, tetapi akak berpisah dengan 11 orang. Mana lebih memilukan? Tetapi Allah tetap ada meredhai ukhuwah kita.

Tetapkan niat bercuti musim panas di tanah air. Belajar, beramal dan berusahalah. Tambah iman di dada. Tambah amal kebajikan di mana jua.

Maaf atas segala hak yang tidak akak tunaikan. Pohon maaf. Andai ada hutang yang belum terlaksana. Tuntulah sementara di dunia.

Salam sayang dari Kak Zaf,

Insan biasa yang dianugerahkan 11 orang adik yang luar biasa.


Terima kasih Allah

Terima kasih semua

Sehingga berjumpa lagi.

welcome..

Ohanna terima tetamu dari Surrey..makan makan macam biasa..menunya??

tp xda la cheesy gitu

tp xda la cheesy gitu


mushroom soup

mushroom soup


fries

fries

dan x lupa air cranberry khas yna bawak..hihi..no pic la yna..

thanks to Seeha,Wani and Linda yg sudi ziarah ktorang..Ohanna bila lagi??

p/s:tuan rumah mintak maap sbab malas masak..nak wat camne,mario lagi pantas memasak pizza-nya..^_^

*gmbar ini hasil carian google

GUDLUCK TO ALL!!

Ahad 10 Mei

Alhamdulillah Ohanna sekali lagi dapat bersama.Pernah dengar orang kata bila kita berkumpul sesama sahabat,kerana kita perasaan berkongsi rasa tauhid pada-Nya lah yang membuatkan kita rasa tenang dan selamat.Rasa senang sekali bergurau-senda dan berkongsi cerita.Syukur pada Allah S.W.T.
Pernah kalian rasa betapa beruntungnya kalian kerana berada di kalangan rakan-rakan yang sama fikrahnya?Yakni yang faham.Kekadang terfikir bagaimana agaknya jika dan hanya jika takdir Allah sebaliknya??Terfikir tentang ramai lagi yang terkapai-kapai dalam jahiliyyah..Dimana tempat mereka berpaut?

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua..

yna,hana dan kak zaff tiada dalam gambar

yna,hana dan kak zaff tiada dalam gambar

p/s:Buat Kak Zaffan,anda cukup istimewa di hati kami

-Yang habis exam awal ^_^

persaudaraan di france

Assalamualaikum semua~~

“Ada cite best ni..nak dengar tak?”, kata sue selepas balik dari melihat eiffle tower pada waktu malam.

kami 3 org yang tak ikot serta dah tidor..hanya pain yang terjaga mendengar cerita sue.

“tadi kami kne sekat dek budak2 nakal masa kat dlm metro”

“betol??”

waa…terkejut dgr tuh. nasib baik ohanna dah amik precaution. tiada kemalangan jiwa dan kehilangan harta berlaku di situ. tu la pengalaman buruk mse kat France.

Namun, muslim dekat France sgt di kagumi. Ramai muslim yang menolong kami tanpa diminta. Torkiya dan Fahid (kalau tak silap namanya~) membawa kami ke destinasi. baru terasa betapa tingginya nilai persaudaraan dlm Islam. terasa sedih juga..sebelum ni xdpt bantu seseorang yang meminta ditunjukkan jln. dan terasa pentingnya utk belajar bahasa arab..bahasa al-Quran.

“eh, ni kedai halal ni..jom beli pie. laparla~”

kedai muslim. dia cam nk ckp sesuatu..psal tsunami la, ape la..tp syg, xreti bhs arab or french. terasa bhs arab penting utk memahami al-Quran dan komunikasi sesama muslim.~

p/s: jom ambil modul bhs arab sem depan!!

Assalamualaikum wbt buat Ohanna-Raleigh dan para pembaca sekalian.

Sudah lama rasanya blog ini tidak di update. Lebih-lebih lagi selepas semua ahli Ohanna pergi bercuti membawa diri ke destinasi masing-masing.

Tahniah buat warga Ohanna yang berjalan mencari pengalaman di tempat orang. Tidak sabar rasanya mahu mendengar cerita dari anda semua. Pasti menarik. Belajar dari pengalaman orang lain.

Apa pun, cuti yang masih berbaki dua minggu ini elok kita manfaatkan sebaik mungkin. Masih ingat lagi muhasabah penggunaan masa yang kita lakukan dalam pertemuan terakhir sebelum cuti musim bunga?

“Macaman nak buka cupcake ni?” soal Nab usai sesi muhasabah penggunaan masa dilakukan.

“Bukalah bekas cupcake tu, ” ujar Yna.

“Makan cupcake tu, sekaligus,” Jiha memberikan idea.

Yang lain masing-masing memberikan tumpuan kepada cupcake. Memikir, apakah agaknya helah Nab pada kali ini.

“Kalau nak buka cupcake tu, begini.” Nab menamatkan kekeliruan.

Cupcake diambil dan dibuka bekasnya.

“Action speaks louder than words”

Itulah pengajaran yang kita dapat dan perlu dipraktikkan. Moga-moga kita lebih efisyen dalam membahagikan masa dan memanfaatkan masa yang kita ada. Rebut masa lapang sebelum datang masa sakit.

Kaedah barat yang sungguh Islamik. KLIK

Aduhai, aku tidak punya banyak masa, atau diri ini lemah memanfaatkan masa yang ada.

Jom usaha insyaAllah. Sehingga bertemu lagi di sesi picnic dan riadah di Wollaton Park insyaAllah.

Demi Masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Malam tahunan Nottingham Malaysian Society telah tiba. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tugas kami sebagai sukarelawan makan malam VIP juga berjaya dilaksanakan. Acara bermula dengan makan malam pada pukul 6.00 petang (sebenarnya da malam pun). Kemudian persembahan drama musikal pada pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Alhamdulillah, kami (para sukarelawan makan malam) sempat juga menonton drama. Para pelakonnya memang mantap, boleh menang Anugerah Skrin TV3. Tak sangka sungguh, Izreena and the gang berjaya memeriahkan babak Hari Raya. Amboi, Izreena.. Hang jadi Cik Combi naa.. Padan dengan Nana Kasssim.. Haha..

Babak pencak silat juga sangat menarik. Memang berjaya membuatkan banyak mata yang terpesona. Gerak langkah teratur dan jelas punya ciri kemelayuan. Bangga kerana silat dipentaskan di hadapan para penonton yang datang dari berbilang bangsa dan negara asal. Bak kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Sangat-sangat suka dua babak ini- silat dan adegan hari raya. Punya seni tersendiri.

Namun, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

1)Soal hidangan makanan perlu lebih dititikberatkan. Senang cerita, makanan untuk semua hadirin dan sukarelawan perlu lebih mengenyangkan kerana kebanyakan manusia boleh menjadi Incredible Hulk bila lapar.

2)Pengangkutan para penonton dan sukarelawan juga perlu lebih teratur. Bukan bergantung pada bantuan orang lain. Moga tahun depan, lebih banyak lagi perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk bahagian logistik kerana £100 tidak mencukupi.

3)Pemakaian dan pergaulan para penonton dan pelakon juga perlu lebih sopan. Malaysian Night bukan malam parti dan bukan budaya orang Malaysia pun untuk berparti dan berpakaian menjolok mata. Setiap kaum di Malaysia punya adat yang menuntut kesantunan. Jujur saya katakan, malam semalam, cantik lagi orang yang ‘menutup’ berbanding orang yang ‘mendedahkan’. Saya kira, tidak perlu la memasukkan adegan keterlaluan yang sebenarnya tidak mencacatkan sedikit pun jalan cerita jika digugurkan dari babak lakonan, kerana sudah tentu kita tidak mahu orang Barat punya perspektif negatif tentang Malaysia.

4)Setiap perancangan perlu diselitkan Plan B. Seperti apa yang berlaku sewaktu makan malam para VIP, VIP membawa keluarga mereka bersama. Sedangkan tempat untuk VIP yang disediakan hanya 20 orang. Mujur kak Sya membantu kami menguruskannya dengan baik. So, always prepare for trouble.

5)Perlu ada AJK yang menguruskan harta benda NMS supaya tidak berlaku kehilangan barang dan pembaziran wang pound setiap kali aktiviti NMS diadakan.

Antara komen para hadirin:

1)Persembahan sangat mantap. Adegan menarik. Ada penonton yang menitiskan air mata(sangat menghayati..).

2)Waitress semua lawa-lawa. (yang ini, saya suka^_^)

Sekalung terima kasih saya hulurkan buat semua yang membantu. Terutama pada Kak Su, Kak Sya, Kak Reez, Dijah, Hana, Yna, Nab dan Pain. Terima kasih tak terhingga juga buat Nabilah dan Jihah yang hadir sebagai penonton tetapi punya jiwa sukarelawan. Terima kasih pada kak Zaffan, Batu, dan Justin kerana sanggup berulang-alik mengambil para sukarewan dari East Drive ke King Meadow Campus(KMC) dan menghantar kami pulang ke rumah dengan selamat. Sekalung penghargaan juga buat semua yang menjayakan Malaysian Nght 2009.

Moga aktiviti NMS pada tahun depan lebih menarik dan berjaya dari tahun ini. Malaysian Night adalah malam orang Malaysia. Malam untuk budaya Malaysia diketengahkan di kalangan penduduk United Kingdom, khususnya Nottingham. Malam untuk semua Malaysian di Nottingham saling bekerjasama. Jika kita mahu segala yang lagho dan haram dibanteras, kita perlu menjadi badan penggerak. Ikut serta dalam pembikinannya. Bukan seperti enau, yang melepaskan pucuk masing-masing.

Teringat saya suatu hadis sahih (maaf, tak tahu sumber).

Tugas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar umpama belayar di atas kapal. Orang yang melaksanakan amar makruf berada di bahagian atas kapal manakala orang yang melakukan kemungkaran berada di bahagian bawah kapal. Apabila kehausan, orang yang berada di bawah kapal itu menebuk lubang untuk mendapatkan air laut. Jika orang yang melaksanakan amar makruf tidak mencegah orang-orang itu dari terus menebuk kapal (nahi mungkar), sudah tentu kedua-duanya akan karam. Kerana bala akan diturunkan pada seluruh kaum itu, sama ada beriman atau tidak.

Dan ingatlah, ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,”Agar kami mempunyai alasan (mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa. (Surah Al-A’raf:164)

Wallah hu alam.

p/s: Ada sesiapa yang berminat menjadi badan tertinggi NMS?^_^

su_zul

IAW-the summary

Islam Awareness Week has been held from the 23rd of feb to 27th of feb…..congrats to islamic society for their hard work…

On monday afternoon there was a talk about titled ‘the 1400 year old solution to the modern day of financial crisis’…a brief explaination about the talk…the talk given was mainly about the difference between the islamic finance n conventional finance…..n what makes the islamic finance better off compared to conventional finance was the main issue talked by the speaker named Faisal Sattar…however i will combine the some of the points delivered by a talk given on sunday

The unique thing about islamic finance is that it assure a sustainable growth which contradict the conventional finance…this is because the growth is stimulated by a mechanism called interest which is completely forbidden by islam….why??because it creates more money…..economist argued that interest should be charged due to money worth more than it is now in the future…..interesting argument isnt it??unfortunately it leads to boom n burst of an economy…

why loan offered by islamic banks are more expensive compared to conventional banks??ok lets put things into perspective….islamic banks charged fixed rate of return while conventional banks charged variable rate of return….it might seemed as if we as a consumers are worse off…however islamic banks are more flexible towards payment but not conventional….due to their aims at profits they are more keen on the value of properties….to proof ley say you’ve missed the monthly payment then the next day your properties are gone

interestingly…have u ever thought that islamic banks do offer discount to be more competitive in the market?yes it does….for example the current rate of return is 10%…as the conventional banks offer 6% of rate of return…the islamic banks are giving 4% as a discount in order to be competitive….the situation is vise-versa however the islamic banks will not charged more than the maximum of 10%….so in ur opinion are we still worse off??

they are many points i would like to write about…..nevertheless it will be too long n boring i guess….heheheh

on wednesday the 25th…there was a tallk given by Idris Tawfiq….personally i love the way he delivered the speech….even the title means a lot…’Tales of traveller: my journey to islam’……what a wonderfull talk…it touches everyone’s heart i believe…

the talk was about him…how he embraces islam…from a roman catholict to a profound muslim…what an amazing journey planned by Allah for him…how Allah touched his heart just by a boy giving his greet ‘assalamualaikum’……a boy who shine shoes on street named ahmad or ali or muhammad….may Allah bless him

he was a religious man whose mother went to the church everyday….he was a man who loved by people…he loves his job as a priest n enjoy giving bless to a wedded couple…however in his heart…there was something….something that he failed to content…then the journey begun as he seek for an answer…

with a holiday cost around £115 he started his journey…he landed at egypt which he dislike the most…he whispered ‘i wanted a holiday but not in spain’….but as fated the journey continued…he went to cairo…and then back to egypt…before he departed back to the UK….he was having a drink…suddenly he heard azan…amazingly people around him left everything and straight away make their way to mosque to perform friday prayer……he whispered again ‘what kind of faith this is??’

Back in the uk, he became a religion teacher who taught GCSE and A level students….As a religion teacher he has to learn other religious such as hindunism..buddism…including islam…ramadhan came…it happened that his office was the only room with the carpet….there were few muslim students came to him and asked permission to pray in his room….with consent from the headmaster they pray in his room…during the ramadhan…gradually he started to learn about the movement in praying

with his own incentive…he went to islamic classes and talk….one day a talk was given by yusuf islam…known as cat steven a long time ago….after the talk…he asked yusuf the condition of being a muslim….at the moment he never thought of being a muslim himself………….

yusuf islam said to be a muslim u have to believe in one god…then he replied…well i do believe in one god….hurmmmm muslim has to pray 5 times a day….he replied back…i do know how to pray and even recite doa….well muslim has to fast during ramadhan….then he replied….yes i did fast one day during ramadhan…

looking straight in his eyes….yusuf islam said….’who r you trying to fool my brother?you are already a muslim’….at that moment what yusuf islam said dancing in his head…..

Maghrib came….they as they praying….he was leaning on the wall….

‘who are you trying to fool my brother?you are already a muslim’……

he cried like a baby…..his heart felt something that he never felt before….he found what he has been searching for….at that day he embrace islam n believe in one god n the only god Allah the creator….yusuf islam asked him to go back n take a shower….he said ‘feel the sin that is washed away as the water flows’…….u r the purest of all….like a born baby as all ur sin in the past has been forgiven…

from there he became a muslim….a true muslim…alhamdulillah

written by:yna_ohanna

IAW 2009

Salam wbt buat Ohanna Raleigh dan para pengunjung sekalian.

InsyaAllah minggu ini merupakan Islamic Awareness Week di Nottingham University. Maka Ohanna Raleigh memberikan laluan kepada aktiviti ini berlansung. InsyaAllah pada minggu hadapan Ohanna akan bersidang lagi.

Rebutlah peluang yang ada sepanjang minggu ini. Inilah antara peluang yang perlu dimanfaatkan apabila dihantar untuk belajar di luar negara. Mendengar dan menceduk sebanyak mungkin ilmu daripada orang lain untuk kita cuba bawa pulang ke negara asal kita. Rugi andai tidak pergi.

n1175722247_378033_1720

Akak mencadangkan setiap ahli Ohanna sekalian dapat menghadirkan diri sekurang-kurangnya 2 daripada talk yang dianjurkan. Pergi semua lebih baik! Namun memahami kekangan masa dan tenaga. Elok dapat dibahagi-bahagikan dan berpakat untuk hadir talk yang berbeza-beza ini. InsyaAllah nanti kita sama-sama kongsi pendapat semasa persidangan Ohanna.

Rebut peluang. Peluang untuk berukhuwah sesama sisters in Islam tidak mengira bangsa. Peluang untuk menambah ilmu daripada orang-orang hebat! Jom jangan jadi katak bawah tempurung =)

p/s: terima kasih kerana ohanna memberikan sokongan penuh dan padu buat Sountunnisa`. Lagu ditujukan khas buat anda semua OK. Next year Ohanna pula berentap memberikan mesej dan berhibur di pentas NISE. Amacam?